15 Tahun berkhidmat Sebagai Penjawat Awam - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 3 December 2023

15 Tahun berkhidmat Sebagai Penjawat Awam

Alhamdulillah genap 15 tahun dah berkhidmat sebagai penjawat awam. Tak sedar cepatnya masa berlalu. Teringat memori masa mula-mula melapor diri kat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang 1 Disember 2008.

15 Tahun berkhidmat Sebagai Penjawat Awam

Masa tu pergi ke Jabatan Kesihatan Negeri Pahang kat Wisma Darul Makmur tu sorang-sorang je naik kereta kenari. Hihihi. Lama jugak nak tunggu taklimat dan nak tau penempatan. Dah la takde kenal sesiapa pun. 

Bila dapat surat tertulis Hospital Jengka dalam hati tertanya-tanya eh Jengka ada hospital rupanya. Pernah la pergi Jengka cuma taktau kat mana lokasi hospital tu. Masa tahun 2008 tu mana ada waze semua tu so main redah jela pergi ke Jengka dari Kuantan hari yang sama.

Sampai Jengka dah petang terus ke Unit Pentadbiran untuk lapor diri. Dapat tau pulak kat situ susah nak dapatkan rumah sewa. Lagi la bertambah murung dibuatnya. Mujur masa tu abang kerja kat Temerloh so berbulan juga la berulang dari rumah dia ke Jengka tu dalam 45 minit. Menumpang sekejap kat Asrama Jururawat.

Lama jugak baru dapat rumah sewa kebetulan Penyelia Asrama tu dapat tukar ke Kuantan so dia pass rumah sewa dia tu untuk Cie sambung pulak sewa. Rumah memang kecil dan sewa mahal juga tapi takde pilihan.

Seronok juga bekerja di Jengka. Banyak kenangan suka duka pahit manis kat sana. Masih segar dalam lipatan memori. Beberapa tahun jugak la berkhidmat di Hospital Jengka. Dapat bertukar ke Hospital Lipis Januari 2012 lapor diri. Tangguh selama sebulan dan 1 Februari 2012 mula berkhidmat di Hospital Kuala Lipis pula sehingga la sekarang.

Masih jauh lagi perjalanan berkhidmat sebagai penjawat awam ni kalau dipanjangkan usia. Kalau ikutkan tempoh berkhidmat Cie akan berpencen pada usia 58 tahun pada tahun 2042. Jauh sangat lagi sekarang baru umur 39 tahun. Lebih kurang 19 tahun lagi la. Jenuh menunggu kan.

Kalau ada rezeki nak pencen awal kita bersyukur seadanya. Kalau kena terus berkhidmat sampai pencen pun kita bersyukur jela. Memang mengharapkan dapat berpencen awal. Nak berehat pulak.

15 tahun ni pun dah terasa lamanya kerja ni. Bila nak pencen ni. Hahahah. Apa-apa pun just enjoy the process. Masa itu akan tiba. Lalui saja liku-liku yang perlu ditempuh ni.

15 Tahun berkhidmat Sebagai Penjawat Awam

Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga semuanya baik-baik aje.

4 comments:

  1. tahniah dah 15 tahun berkhidmat. Terus cemerlang dan tercapai cita-cita hendaknya

    ReplyDelete
  2. Oh Hospital Lipis kdg2 ada dtg juga ke sana buat kerja supplier brg2 medical.
    15 tahun pejam celik jer kan.. insyallah apa pun semoga sihat sentiasa menempuh hari2 berkerja :D

    ReplyDelete