Resepi Cheesekut - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 16 December 2023

Resepi Cheesekut

 Resepi Cheesekut Mudah

Resepi Cheesekut

Lama tak buat Cheesekut ni. Pernah sekali je buat dulu lepas tu tak buat dah. Ni la baru buat semula. Tu pun kakak Raisha yang request nak makan Cheesekut. Tak sampai hati pulak kalau tak buat. Ada je jual tapi rasanya tak berapa sedap. Buat sendiri puas hati. Bahannya pun sangat mudah. Time cuti weekend minggu lepas ibu buat. Puas makan sebekas tu. Cream cheese pun melimpah je.

RESEPI CHEESEKUT

Bahan-bahan Cheesekut :

Biskut Cream Creakers
1/2 tin Susu Pekat
250gm Cream Cheese
1/4 kotak kecil Susu Full Cream
Serbuk Koko (Malt Chocolate) - optional
Coklat Urai - optional

Cara Membuat Cheesekut :


Resepi Cheesekut


Resepi Cheesekut


Resepi Cheesekut


Resepi Cheesekut


Resepi Cheesekut


Resepi Cheesekut


Resepi Cheesekut


Resepi Cheesekut


  1. Pukul cream cheese, susu pekat dan 4 sudu susu full cream sehingga kembang dan gebu.
  2. Tuangkan adunan cream cheese tadi selapis ke dalam bekas.
  3. Celupkan biskut tadi ke dalam susu full cream kemudian susun di atas lapisan pertama cream cheese.
  4. Ulangkan langkah 2 - 3 sehingga habis.
  5. Di antara lapisan tadi boleh taburkan malt chocolate. Akhir sekali taburkan coklat urai.
Dah siap senang je nak buat. Dah siap boleh simpan dalam fridge dulu untuk sejukkan. Makan sejuk baru sedap.

Biskut tu boleh je guna brand apa-apa je. Cie beli yang jenis segi empat kecik Hwa Tai senang nak susun dalam bekas tu. Terlupa nak snap gambar bahan-bahan. Gambar ni pun screenshot dari video je. Cie cuma ada buat reels je. Kalau nak tengok video cara buat boleh jenguk sini ye Cheesekut Reels

resepi cheesekut


1 comment:

  1. Sedap ni kalau sesekali buat. Dulu masa tengah hype kemain rajin buat sampai sold out cream cheese tu haa..

    ReplyDelete