Aroma Diffuser Murah Di Shopee - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 5 January 2024

Aroma Diffuser Murah Di Shopee

 Shopping Shopee

Aroma Diffuser Murah Di Shopee
belian set akan dapat semua ni sekali

Cie mula beli Aroma Diffuser murah kat Shopee tahun lepas. Masa tu Cie nak cari pewangi untuk rumah so search la kat Shopee sampai la terjumpa Aroma Diffuser ni dan tengok harga pun berpatutan. 

So Cie pun beli la nak try ok ke tak kan. Sebab tengok brand ternama tu mahal betul. Yang ni murah je. Cie beli bulan April 2023 kalau tak silap. Kiranya dah hampir 9 bulan guna dah.

Alhamdulillah sangat ok dan baru-baru ni Cie repeat order nak letak kat office pulak. Bagi wangi sikit dan boleh la healing dengan bauan pelbagai jenis tu. Kali ni Cie beli yang cantik ada gambar rumah.

aroma diffuser murah di shopee

Yang cantik ni mahal sikit daripada yang plain tu. Yang mula-mula Cie beli dulu plain je takde gambar. Cie tukar yang baru ni letak kat rumah. Yang lama tu Cie letak kat office.

aroma diffuser murah di shopee
ni yang first sekali Cie beli untuk rumah and now dah bawak ke office

Kat office kekadang stress mengadap kerja yang menimbun kan so boleh la release dengan bau yang menyenangkan. Tu yang repeat beli kat seller yang sama sebab kat situ je murah.

Kalau beli yang set tu akan dapat sekali fragrance dalam 6 botol. So berbulan juga la tahan. Cie jarang-jarang jugak on kat rumah. Bila duduk kat ruang tamu je baru Cie on. Kat office baru jugak lagi Cie on hari Rabu baru ni je.

aroma diffuser murah di shopee
ni dapat sekali bila beli set






aroma diffuser murah di shopee
yang ni Cie order sebab set yang mula beli tu dah habis. ni pun murah je

Kalau korang nak beli boleh cari seller yang Cie beli ni sebabnya Cie dah survey dia paling murah. Nama kedai tu Health2Home

4 comments:

  1. waa.. sy pun mencari juga.. cuma nak yg tak sambung usb punyaa.. ada yg kena sentiasa sambung baru hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni pakai plug memang sentiasa kena on plug.

      Delete
  2. Menarik..akak pun mencari juga ni...

    ReplyDelete