Belated Birthday Gift - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 20 January 2024

Belated Birthday Gift

 Belated Birthday

Belated Birthday Gift

Dah beberapa bulan birthday berlalu dapat hadiah lagi minggu lepas. Alhamdulillah rezeki. Terkejut jugak tengok masuk office hari Khamis ada kotak besar atas meja. Rasanya takde order barang besar.


Tengok nama sender rupanya my sister. Cie pun whatsapp la bagitau dia parcel dah sampai. Tanya kat my sis kirim apa. Katanya baju anak dia dah tak muat so bagi la kat kakak Raisha dan adik Rania. Cie pun kata la beria nak pos bagai nanti balik kampung bawak je balik.


Belated Birthday Gift



Pelik juga kotak besar tapi ringan je. Balik rumah baru unboxing parcel ni. Terkejut jugak buka parcel ada beg pulak. Baju ada la 3. 2 helai hoody, sehelai tshirt dan 2 helai seluar. Sekali tengok ada terselit kad. Terus tanya my sis beg siapa ni. Kot la dia nak suruh bagi kat kakak nombor 1 dan nombor 2 kat kampung. Kami 3 beradik duduk sedaerah.


Rupanya untuk Cie. Berbunga keriangan hati. Cie lama dah nak beli tote bag macam Coach tu. Belum kesampaian lagi nak membeli. Sekali dapat rezeki tote bag Rizman Ruzaini


Belated Birthday Gift


Belated Birthday Gift


Alhamdulillah rezeki boleh la pakai pergi jalan-jalan. Cie pulak suka beg besar gini boleh isi macam-macam. Cuma kalau nak selamat pakai sling bag je. Kalau tote bag ni pergi tempat selamat ok la takde risiko orang tarik beg kita.


Belated Birthday Gift
tengok kat Instagram RRBYRIZMANRUZAINI colour almond RM149


14 comments:

  1. cantiknya tote bag..berkenan plk rasa hihi
    happy belated birthday Cie moga sentiasa sihat&yg baik2 saje snts mengiringi Cie&family

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye memang cantik sangat. Aamiin. Terima kasih 😊

      Delete
  2. Happy belated Bday! Cantik laaa tote bag RR tuh! Suka size gini boleh sumbat macam-macam kannn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih 😊. Memang cantik. Senang boleh sumbat macam2.

      Delete
  3. Happy Belated Birthday...
    Cantik tote beg tu.. besar mmg semua boleh sumbat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih 😊. Memang best besar sumbat segala macam. Hihi

      Delete
  4. Happy belated birthday.
    Rezeki dapat hadiah walaupun birthday sudah berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih 😊. Alhamdulillah rezeki.

      Delete
  5. Selamat ulang tahun kelahiran. Wah, ini namanya rezeki.

    ReplyDelete
  6. Ai lupa sama ada ai dah wish ke belum?. Anyway.. didoakan moga Cie pjg umur dan sihat selalu.
    Mmg teruja klu suddenly kita dpt suprise. Cantik pula tote beg tu.

    ReplyDelete