Zus Coffee Hot Ceo Latte - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 5 January 2024

Zus Coffee Hot Ceo Latte

 

Zus Coffee Hot Ceo Latte

Rezeki Jumaat hari ni bos belanja Zus Coffee. Cie ni tak biasa minum air tanpa ais ni. Hihihi. Memang sejenis suka minum ais walaupun pagi buta.


Hari ni bos belanja Hot Ceo Latte tapi warm jela bukan hot. Cie minum la tadi sambil siapkan dokumen untuk akreditasi. Pening mengadap komputer lega dapat mengopi di pagi hari. Huhuhu.


Cie memang suka coffee. Tapi masa buat Intermitten Fasting Cie minum Cinch Tea Shaklee atau Green Tea je. Minum coffee weekend je. Kalau makan kat kedai pun order sama ada Kopi O Ais atau Nescafe O Ais. Selalunya memang tu jela. Teh minum je cuma kalau ada pilihan Coffee or Tea Cie akan pilih Coffee. Hihihi


Masa zaman bujang dulu memang paling suka Nescafe O Ais. Bila dah beranak pinak ni Cie beli Indocafe je stok kat rumah. Ada masa tu bancuh jugak la minum tapi bukan hari-hari la. Tak elok jugak minum kopi banyak-banyak kan.


Sekarang pulak macam-macam jenis anak beranak kopi muncul. Kat Lipis ni pun banyak dah kedai kopi mahal murah semua ada. Pilih je nak minum yang mana satu. Banyak la pilihan.

4 comments:

  1. Tak pernah lgi beli zus coffee... dulu suka minum nescafe tp dah berhenti.. skrg more to cappucino pula haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best zus coffee dan harganya ok. Kalau beli guna appas lagi berbaloi.

      Delete
  2. Sedap..antara flavour yang akak suka

    ReplyDelete