Audit Pensijilan HACCP - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 19 February 2024

Audit Pensijilan HACCP

 Audit Pematuhan Pensijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP)

Audit Pensijilan HACCP
Nama juruaudit Cie tutup ye


Ni la punca Cie beberapa hari hilang dari radar blogging. Hahaha. Debar nak kena audit tu yang tak buka pun blog. Duk tenang-tenang je kat rumah. Nak mengadap audit la paling stress sekali. Lagi-lagi kalau dapat auditor yang tiada kompromi memanf biru muka mengadap audit. Hahaha.


Sebenarnya Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lipis memang pemegang sijil HACCP sejak 2013 kalau tak silap dan pemegang sijil GMP sebelum itu. GMP pulak bermaksud Good Manufacturing Practice atau Amalan Pengilang Yang Baik


Masa tu agak struggle nak bangunkan manual HACCP kat bangunan usang yang agak lama. Rasanya bangunan tahun 1924.


Tahun 2018 Jabatan Dietetik dan Sajian telah berpindah ke bangunan baru tu yang pensijilan GMP dan HACCP perlu dimohon semula. Kena bangunkan semula manual dan SOP yang bersesuaian dengan kitchen layout yang baru. Bila kerja sorang-sorang ni memang mencabar juga la.


Pensijilan HACCP ni memang semua hospital negeri Pahang ada. Kecuali Hospital Bera sebab baru dibuka. Negeri Pahang juga merupakan negeri pertama mendapat pensijilan HACCP kat Malaysia.


HACCP merupakan singkatan kepada Hazard Analysis Critical Control Point. Bila dimelayukan menjadi Titik Kawalan Kritikal Analisis Bahaya. Skim Pensijilan HACCP bermula pada 19 April 2001. Skim ini dilancarkan secar rasmi dan objektifnya untuk memberikan pengiktirafan rasmi kepada premis makanan yang berjaya mengamalkan dan mengekalkan sistem HACCP.


Tujuan utama pensijilan HACCP ini adalah untuk mengesan, menilai dan mengawal bahaya yang signifikan kepada keselamatan makanan. Secara am ianya adalah untuk memastikan bahawa produk makanan selamat dan tidak bahaya untuk dimakan sama ada sakit atau keracunan.


Begitulah secara ringkasnya tentang sistem HACCP. Dapur hospital pun perlu ada pensijilan HACCP. Kalau nak ikutkan pensijilan ni perlu bayar. Tapi disebabkan sesama kerajaan so dapur hospital tidak berbayar untuk mendapatkan pensijilan. 


Audit berlangsung selama 2 hari bermula 14 Februari 2024 hingga 15 Februari 2024. Hari kedua 11 pagi dah bermula mesyuarat penutup audit.


Audit Pensijilan HACCP
Waktu proses platting makanan


Audit Pensijilan HACCP
Auditor sedang memeriksa layout plan


Audit Pensijilan HACCP
Mesyuarat penutup audit


Mesyuarat penutup audit dihadiri oleh Pengarah Hospital, Timbalan Pengarah Hospital, Jurutera, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Syarikat Konsesi Radicare, team Jabatan Dietetik dan Sajian.


Audit Pensijilan HACCP
Sebelum auditor balik sempat la bergambar kenangan


Alhamdulillah rezeki dapat auditor yang sangat memudahkan urusan. Banyak jugak berkongsi ilmu mereka dengan kami. Cie dapat 7 CAR (corrective action request) atau penemuan yang mudah je nak selesai. 


Auditor balik je sebelah petang bos belanja kopi lagi. Bos ni macam boleh baca je apa yang terlintas kat fikiran Cie. Hahaha. Masa meeting tu terfikir nak beli Bask Bear la nak reward lepas habis audit. Sekali bos yang klik order dulu.


Audit Pensijilan HACCP


Audit Pensijilan HACCP
Day 1 audit


Audit Pensijilan HACCP
Day 2 audit

9 comments:

  1. Adoiii, boleh bayangkan dia punya dup dap duo dap tu, Cie. Tahniah kerana berjaya melepasi rintangannya.

    ReplyDelete
  2. suatu kelegaan yang amat sangat bile selesai...

    ReplyDelete
  3. haah bila audit nak mai mmg tak lena tidor ahahahaha
    wahhhhh boss belanje BaskBear bestnyaaaa! ehehee

    ReplyDelete
  4. Kelegaan yang susah nak digambarkan.....baru la lega.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah lega bila dah settle. Time nak audit ni memang sibuk. Mujurlah juruaudit senang berurusan.

    ReplyDelete