Happy Birthday Rania - BLOG ROZIAH @ CIE

Tuesday 6 February 2024

Happy Birthday Rania

 Selamat Hari Lahir Rania ke 10 Tahun

Happy Birthday Rania

6 Februari 2014 8.44am lahir la puteri kedua ibu di Hospital Kuala Lipis. Dengan berat 2.7kg secara normal. Start sakit contraction malam tu dah sampai ke subuh sakitnya. Masa tu PJJ dengan husband. Husband kerja kat Putrajaya. Memang dari tengah malam tak tidur duk layan contraction.


Mulanya husband nak balik keesokan hari 6hb tu la. Cakap kat husband kena balik jugak rasa pagi bersalin dah. Contraction pun dah kerap. Dekat nak subuh tu abang ipar hantar ke hospital. Elok je sama sampai dengan husband dari Putrajaya.


Terus masuk labour room. Kakak Raisha tinggal dengan kak long Cie kat rumah je tengah sedap tidur si kakak masa tu tak sedar pun dia ibu ke hospital. Masuk labour room tukar baju, check bukaan, check apa benda lagi entah. Masa dah nak bersalin tu nurse panggil husband masuk.


Anak pertama czer jadi anak kedua memang takde pengalaman meneran. Nurse ajar lain, ku buat lain. Hahaha. Memang tak pandai. Jenuh jugak nak meneran. Last sekali nurse kata puan kalau tak keluar lagi baby ni puan kena czer jugak ni kalau doktor sampai kang. Elok je nurse kata gitu terus je baby keluar. Rasa macam tak sedar je eh dah nangis baby. Lega lepas dah keluar tu.


Pengalaman bersalin 10 tahun yang lalu. Biasa la mak-mak ni selalu ingat je. Besar dah anak kecik ibu ni. Anak kedua biasa la aneh-aneh sikit kan. Hahaha. 


Ada 4 nama panggilan. Adik, Memey, Bobek, Baby. Memey tu sebab masa kecik dia suka nangis. Sikit-sikit nangis. Panggil je Memey. Bobek tu pulak memang dia sendiri cakap nama dia Bobek. Baby tu ibu memang suka panggil dia baby dan bercakap macam baby. Hahahah.


Happy Birthday adik Syafiyah Rania. Semoga menjadi anak yang solehah, kebanggaan ibu babah, menyenangkan ibu babah. Berjaya dunia akhirat. Semoga adik berjaya dalam pelajaran dan semua bidang. Doa ibu sentiasa mengiringi adik.


Semalam request nak celebrate birthday kat kelas. Ibu cakap tak sempat dah nak prepare. Lepas tu request nak beli hadiah kat Eco. Ibu pun bawak la dia pergi kedai Eco. Katanya nak beli makanan. Ibu fikir kalau makanan kang takut ada parents tak bagi anak makan jajan. So ibu kata beli stationery jela dapat kawan-kawan guna. Beli la pencil, sharpener and eraser pack la letak dalam plastik ziplock.


Happy Birthday Rania
bagi hadiah kat kawan


Happy Birthday Rania

Balik sekolah tadi ada bawak hadiah dalam beg. Katanya kawan bagi. Kelakar hadiah budak-budak bagi. Tapi ok la ada effort nak bagi hadiah birthday kawan-kawan. hihihi


Happy Birthday Rania
kawan dia bagi hadiah




Dah berbulan request birthday dia nak makan kat MarryBrown je taknak hadiah apa-apa. so ibu cakap la kat babah belanja adik makan MarryBrown jela senang. Hadiah takdela dah. Senang betul permintaan birthday girl kan.


Happy Birthday Rania


Happy Birthday Rania


Happy Birthday Rania
anak-anak suruh babah sengih. hahaah


Happy Birthday Rania


Dapat makan Marry Brown pun anak-anak dah happy. Senang je kan nak bagi anak-anak happy. Ibu pun suka la tak payah masak malam ni makan kat luar je. Dah siap makan terus balik rumah. Esok nak sekolah kena tidur awal.


Edit: 7 Februari 2024 ada lagi kawan bagi hadiah. Banyak betul dapat rezeki adik. 

Happy Birthday Rania



Happy Birthday Rania



Happy Birthday Rania

10 comments:

  1. Happy birthday, Rania. Wahhh.. Rania suka menu MB la tu ya.

    ReplyDelete
  2. Janji anak happy ya....Happy Birthday Rania!

    ReplyDelete
  3. Slmt Hari Jadi Rania.. Adik, Memey, Bobek, Baby hahahahaa

    ReplyDelete
  4. Happy belated birthday Rania.
    Moga membesar dengan sihat dan rajin-rajin belajar.

    ReplyDelete