Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN)
Program "Komuniti Sihat Pembina Negara" (KOSPEN) merupakan inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2023. Sehingga sekarang program ini masih berjalan untuk kakitangan kesihatan.
Setiap tahun saringan kesihatan juga dijalankan. Saringan kesihatan ni antara skop yang terkandung dalam Program KOSPEN. Untuk tahun ni Jumaat lepas 2 Februari 2024 Cie buat ujian darah di Jabatan Pesakit Luar.
Untuk ujian darah ni perlu ambil FBS dan TC. FBS bermaksud fasting blood sugar untuk check glukos dalam darah. TC pula adalah total count untuk mengukur bilangan sel darah putih. Untuk check kolesterol sebab dah berusia 40 tahun.
Selepas dah siap ambil 2 tiub ni Cie pun hantar ke makmal hospital. Sampai je kat makmal tu PPK yang check tu kata salah tiub tu. Yang purple tu sepatutnya grey untuk FBS. Bila tengok kat tiub tu FBC.
FBC bermaksud full blood count. Kiraan darah lengkap, juga dikenali kiraan darah penuh. Satu set ujian makmal perubatan yang memberikan maklumat tentang sel dalam darah seseorang. Kiraan sel darah putih, sel darah merah dan platelet, kepekatan hemoglobin dan hematokrit. Sumber: info google.
Padahal untuk saringan kesihatan kospen tu hanya untuk test glukos dalam darah je. Maka nya kena la ambil lagi 1 tiub. Memang hangin jugak la Cie ni. Cie pulak sejenis takut darah. Urat pun susah nak jumpa.
Betapa cuai Staff Nurse tu buat kerja. PPK tu tulis dah jelas dalam borang tu FBS. Masa Cie masuk mula-mula tu Cie terus ke kaunter Staff Nurse tu serahkan borang kosong. Dia suruh Cie bawak ke kaunter A yang ada PPK kat situ. PPK tu pun ambil borang makmal tu dia isi dan dia suruh bagi ke kaunter Staff Nurse tu. Aishhh sama je pun. SN tu malas nak tulis agaknya. Padahal memang dia kena tulis dan sediakan tiub.
MA yang ambil darah tu pulak tak tengok dah kat botol dengan borang tak sama. 2 kecuaian kat situ. Dah tak memasal kena ambil semula darah. Cie sampai je kat office SN tu call suruh datang semula ambil darah lain.
Masa Cie sampai kat Jabatan Pesakit Luar tu saja Cie cakap kuat-kuat ni yang salah ambil darah tadi. SN tu macam nak menegakkan yang dia tulis betul. Cie tunjuk gambar darah tu memang kebetulan Cie snap gambar nak post kat IG. Sekurangnya ada bukti. Cie tunjuk kat dia PPK tu tulis betul dah, tiub tu yang salah.
Ada 3 orang kat meja SN tu. SN lain dan PPK perempuan duk quiry pasal borang. Duk tanya ambik mana borang. Cie kata la borang tu memang ada kat unit untuk saringan kospen tu. Siap tanya siapa tulis. Masa PPK lelaki tu tulis, PPK perempuan tu ada je situ. Cepat nau lupa. Bila Cie tunjuk gambar baru memasing senyap.
SN tu terus ajak Cie masuk bilik nak ambil darah. Dia cakap la jugak sorry sebab salah tu kan. Cie macam ok je cuma kalau kena kat orang lain memang kena aduan dah cuai menjalankan tugas. Dia cucuk sakit gila. Dah siap tu pun sampai petang sakit tangan. Dah petang lebam terus tempat ambil darah tu. Dia ambil tepi sangat. Sehingga pagi ni 5 Februari 2024 masih lebam lagi.
MA lelaki yang ambil 2 botol mula-mula tu pun tak sakit. Lebam juga sikit tapi takde sakit. Taktau la kalau-kalau SN tu saja nak bagi Cie sakit. Memang tak baik la. Cie takde pun nak marah beria. Cuma kalau bekerja dengan orang awam ni kena elakkan la kecuaian yang boleh mendatangkan masalah.
Mujur la Cie kerja kat hospital jugak. Boleh je datang anytime. Buatnya kejadian tu berlaku kat orang awam yang dah pun balik rumah kan dah menyusahkan. Sebab tu la agaknya orang awam selalu buat aduan tentang kakitangan kerajaan terutama frontliner kesihatan.
Apa saja pekerjaan yang kita lakukan berhati-hati la. Cuba elakkan kecuaian. Cie share ni bukan nak menyalahkan SN tu. Just sebagai peringatan kepada diri sendiri dan sesiapa sahaja. Tiada manusia yang sempurna dan tidak melakukan kesalahan. Semoga yang baik-baik jela untuk kita dalam menjalankan tugas.
result lab je belum ada |
nak check juga, tetapi takut darah yang teramat.. takut jarum sekali.. maka takutlah ke klinik atau hospital.. huhuhuh
ReplyDeleteKami ni wajib kena buat. Terpaksa la. Huhu
Deletekalau lilit pinggang Linda nie, mau 32 dah...hahaha...
ReplyDeleteHaha
DeleteItu yang serik datang klinik kesihatan.
ReplyDeleteTu la kan.
Deletebab ambik darah seram. ada satu s[ital tu haritu 9 kali gagal.beberapa orang dtg nak ambikkan darah.last last kena la puasa smpi 3 lebih petang sebab tgu pakar bius yg ambikkan darah.kali ke 10 okey.huhu..tapi pernah 3 kali ambik darah kat KK sini kena ngan orang lab dia fuh sambil dia borak ngan kawan dia gelak gelak zappp terus kena.kalau ngan misi memang nangis la ko ampai 3 4 kali tak dapat gak
ReplyDeleteDorg macam ada skill jugak. Yang dah biasa mesti senang nak jumpa urat.
Deletebila kerajaan buat initiative mcm tu kite manfaat kan la
ReplyDeleteYe betul.
Delete