Tukar Susun Atur Pejabat - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 7 February 2024

Tukar Susun Atur Pejabat

 
Tukar Susun Atur Pejabat


Isnin baru-baru ni 5 Februari 2024 Cie masuk office agak terkejut tengok meja komputer penuh air atas meja dan lantai. Kisahnya memang aircond kat situ selalu leaking. Air menitik tapi takdela terlalu banyak. Tapi kali ni memang banyak la agaknya. Cie masuk office sebelum 7.30 tu air tengah menitik-nitik. Bekas yang Cie letak situ penuh dan melimpah. Taktau la start pukul berapa mula menitik tu.

Tukar Susun Atur Pejabat
bekas tu dah melimpah air punya la banyak air menitik dari siling

Memang malang meja ni tau selalu kena kat dia air aircond menitik. Sampaikan hari tu jadi rosak tu yang tampal tape merah tu. Kerap sangat dah aircond office ni jadi leaking. Entahla apa lagi masalahnya. Technician kata kondensasi kat atas tu. Penat dah nak mengadap masalah aircond ni.


Semalam Cie masuk office terus ukur segala meja tu Cie nak tukar susun atur pejabat ni. Nak alihkan meja tu ke tempat lain supaya kalau leaking nanti terus jatuh ke lantai bukan meja. Office ni tak besar mana tapi banyak meja dan ada set sofa sekali tu yang agak susah nak tukar susun atur. Memang kena ukur dulu. Kebetulan ada pita pengukur so senang la Cie ukur.


Lepas dah siap ukur so boleh la tukar susun atur ni. Bila tukar wahhhh nampak luas pulak. Staf semua tengok beria duk tanya nak sambut orang baru ke. Takde orang baru pun sampai pencen la kerja sorang gamaknya. hahahah.


Lupa pulak nak snap gambar susun atur yang lama sebelum tukar. Dah siap tukar baru teringat la patut snap la gambar buat kenangan kan. Tapi Cie search kat google photo jumpa jugak gambar-gambar lama. Mujur ada back up so boleh la simpan buat kenangan.


Tukar Susun Atur Pejabat
ni la asalnya susun atur masa mula-mula Cie masuk office ni tahun 2018. office baru kena set up sendiri

Tukar Susun Atur Pejabat
ni masa Cie buat training untuk staf


Tukar Susun Atur Pejabat
susun atur yang dulu tapi masa ni buat training untuk staf tu yang banyak kerusi


Sekarang dah tukar susun atur tapi tak la tukar semua sebab pejabat ni tak luas mana pun. Cuma boleh tukar sikit-sikit jela nak elakkan kalau aircond leaking menitik atas meja. Rosak dah meja tu. So kita jadikan meja tu tempat isi borang-borang dan fail jela.


Tukar Susun Atur Pejabat


Tukar Susun Atur Pejabat


Masa set up mula-mula dulu memang plan nak tambah perjawatan. Mohon tapi tak dapat-dapat pun sampai sekarang. Sejak tahun 2017 lagi dah mohon sampai la 2024 ni takde bayangan akan ada pertambahan jawatan pun. Tu yang meja banyak tapi yang kerja sorang je dalam ni. Bos duduk dalam bilik dia, staf duk kat kitchen cuma ada la masa mereka akan masuk office ni jugak buat kerja dan kekadang ada aktiviti dalam ni.


Bila tukar susun atur pejabat ni kan macam ada semangat baru pulak. Hahaha. Semangat tahun baru la jugak kan. Walaupun kerja banyak tapi kita tenang-tenang jela hadap.

18 comments:

  1. Betul kadang perubahan kecil pun boleh naikkan semangat kita kan?
    Selamat bekerja Cie 💪

    ReplyDelete
  2. Masalah air-cond di office ni macam tak berkesudahan kan. Sama office sy, bocor juga.

    ReplyDelete
  3. bila tukar susunan perabot memang terasa dpt aura baru heheheh

    ReplyDelete
  4. Perubahan yang kecil tetapi memberi impak yang sangat besar....

    ReplyDelete
  5. Alaa stress air menitik ni kena lak kat meja keje kita kan.. Bagus juga susun atur baru memberi suasana baru utk bekerja :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur tak kena meja sendiri banyak dokumen. Habis la basah.

      Delete
  6. Allahuakbar naya juga tu mslh aircond leaking banyak mcm tu.

    ReplyDelete
  7. layout baru di tahun baru...semoga selesai masalah air-cond leaking...

    ReplyDelete
  8. Tambah semangat nak bekerja ni kalau kemas susun aturnya.
    Bolehlah letak askesori yang sedap mata memandang.

    ReplyDelete
  9. perjawatan memang 1 ke?
    mcm linda perjawatan dua, tapi sorang2 aje...hahaha
    nk ubah jugak suasana kat ofis nie, tapi malass... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye memang ada 1 perjawatan je. Pernah dapat tahun 2014, post diisi setahun sebelum pegawai tu resign. Tahun 2016 perjawatan tu kena trade off ke pergigian.

      Delete