KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH
26 Mac 2024 boleh dijadikan kenangan dalam simpanan memori buat pertama kali dapat berjumpa dengan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Sultan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang mencemar duli menziarahi pesakit di Hospital Kuala Lipis pada pukul 4.00 petang. Cie balik kerja 4.30pm terus ke lobi hospital untuk menunggu. Lama juga baginda Sultan naik ke wad dan sesi bertemu Ketua Jabatan Hospital. Baginda berangkat pulang 5.45 petang.
Gigih la kami kakitangan hospital dan ada juga orang awam menunggu baginda. Dari 4.30 petang Cie menunggu kat lobi hospital tu. Nak tengok Sultan Pahang dan Tengku Hassanal. Nak simpan memori seumur hidup. Hihi.
Umur dah 40 tahun baru la berkesempatan berjumpa dengan baginda Sultan dan Tengku Mahkota. Tak pernah jumpa pun selama ni. Sayangnya Tengku Ampuan Pahang takde. Hanya baginda berdua sahaja yang ada. Takpela dapat juga bertemu dengan Sultan kesayangan rakyat jelata Pahang ni.
Masa Tengku Abdullah lalu depan Cie dia tanya dari mana ni. Cie baru nak menjawab. Kakak sebelah tolong jawab. Dia cakap dari dapur. Patut Cie nak jawab dari Jabatan Dietetik dan Sajian. Tak terkeluar kata-kata. Tak sangka la Tengku Abdullah tanya. Betul-betul lalu depan. Nak selfie pun tak sempat.
Walaupun tak dapat selfie dengan Sultan Pahang dan Tengku Mahkota, dapat jumpa depan-depan pun dah ok. Nanti entah bila lagi boleh jumpa. Dah alang-alang baginda mencemar duli datang ke hospital kita ambil la kesempatan. Selalu ada je program lain Sultan datang tapi malas nak bersesak dengan orang ramai. Kat hospital ni staf hospital je. Orang awam pun tak ramai sangat semalam tu mungkin kebetulan datang melawat pesakit.
kenangan terindah tu...bkn senang kn dpt jmpa depan2 mcm ni
ReplyDeleteye betul memang peluang nak jumpa depan2.
DeleteAlamak, kita rasa nak tolong tamparkan aje mulut akak yang jwb dari dapur tu... Huhu. (Kalau komen ni tak menyenangkan sy izinkan delete). Tak puas hati sy dibuatnya 😂
ReplyDeletehahaha. memang dorg biasa panggil jabatan kami tu dapur. sebab tempat masak makanan kan. zaman2 dulu la dorg dah terbiasa panggil dapur. sekarang dah moden patut boleh je sebut sajian. baru la best sikit dengar kan. hihi
DeleteOnce in a lifetime punya experience ni ... Memang akan jadi kenangan selamanya 👍
ReplyDeleteye betul simpan kenangan.
DeleteRezeki dapat jumpa keluarga diraja. Waktu mereka datang ke LD tahun lepas tak dapat jumpa sebab terlalu ramai orang sepanjang jalan.
ReplyDeleteye peluang berjumpa. kalau tak datang hosp rasanya tak dapat jumpa jugak.
Delete