Menu Berbuka Puasa Dan Sahur 3 Ramadan 1445H - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 14 March 2024

Menu Berbuka Puasa Dan Sahur 3 Ramadan 1445H

 3 Ramadan 1445H

Menu Berbuka Puasa Dan Sahur 3 Ramadan 1445H

Alhamdulillah sampai ke 3 Ramadan dah kita hari ni. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun cuaca sangat panas terik. Paling risau anak-anak la mereka dalam proses nak belajar berpuasa. Setakat ni masih belum tewas.


Kakak Raisha balik sekolah 1.30 petang takde kelas KAFA dah dia dah habis UPKK. Dia taknak dah sekolah KAFA petang-petang. Penat dah agaknya struggle masa darjah 5 study untuk UPKK. Kita ni taknak paksa anak-anak kalau mereka dah taknak. Lagipun takde belajar sangat dah pun darjah 6. Kakak pun dah tamat mengaji lama dah. 


Adik Rania balik sekolah 1 petang dan sekolah KAFA sebelah petang 2 petang hingga 4.30 petang je sepanjang Ramadan. Hari Jumaat pulak cuti KAFA sebab kerajaan Pahang hari Jumaat balik kerja 12.30 so mereka putuskan kelas KAFA seluruh Pahang cuti hari Jumaat. Ibu yang kerajaan persekutuan ni kerja la juga hari Jumaat.


Nak cerita pasal menu berbuka dan sahur meleret pasal anak pulak kan. Hahaha. Yela panjang sikit karangan kita kalau cerita menu kontot je.


Menu sahur kami seperti hari pertama juga protein shake Shaklee dan Performance Drink Shaklee serta Cinch Tea Shaklee. Takde nasi takde lauk pauk.


Menu berbuka 3 Ramadan nampaknya makin meriah ni. Cie masak macam biasa la 3 jenis je. Ayam masak lemak, ikan goreng tu taktau nama kakak Cie bagi. Banyak tulang juga ikan tu tapi sedap. Goreng garing letak bawang. Sayur pulak kacang buncis campur carrot dan bunga kobis goreng kicap. Sambal tempoyak mesti ada juga.


Murtabak tu suami beli. Ada kuah kari sekali. Kami makan cicah kuah lemak ayam tu lagi sedap. Apam warna coklat dan warna warni tu bos Cie bagi sebelum balik kerja semalam tu. kat Hospital Lipis ada mini bazar dia beli kat situ la.


Menu Berbuka Puasa Dan Sahur 3 Ramadan 1445H


Tapi tu la kuih muih ni nampak je menarik tapi rasa tu ke lautan hindi betul perginya. Yang coklat tu apam gula hangus kot taktau la kot apam lain sedap jugak yang tu. Yang warna merah kuning tu keras baling ke dinding pun tak pecah. hahaha. Cie ni lagi pandai buat kuih boleh je menjual tapi malas. Orang lain yang tak pandai buat pun boleh je menjual.


Tepung pelita pun ada dapat dari Doktor belanja kat tempat kerja suami. Tapi tu la tak boleh nak makan macam tak menjadi tepung pelita cair macam air tepung je. Suami bawak balik habis tumpah sebab cair. Cie tak terlupa nak snap gambar. Cie buang je risau nak makan takut sakit perut pulak. Santan macam cair dan tak masak. Yang bahagian hijau tu pun macam tak masak dan cair. Tu la kan orang meniaga ni jadi ke tak jadi semacam je jual. Takde keikhlasan berniaga.


Begitulah bulan Ramadan ni kekadang tu muncul je peniaga yang tak pernah menjual pun nak menjual. Ikhlas la dalam meniaga. Kalau tengok tak menjadi tu jangan la jual. Naya ke orang berpuasa beli nak makan tapi hasilnya mengecewakan.

11 comments:

  1. tu la malas nak beli dekat bazar kan,selalunya memang ada je yg tak kena..kita niat nak tolong peniaga kecil tapi kalau gitu gaya xdpt la menolong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cie memang jenis tak suka membeli, suami pulak suka. Hihi

      Delete
  2. kuih kt bazar ramadhan slalunya bli yg mmg tau dh kesedapannya sbb risau nk bli yg tk biasa sbb takut tk sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan taktau mana 1 sedap. Setakat ni belum jejak bazar. Selalu suami suka beli.

      Delete
  3. Ayam masak lemak tu buat CCL terliur . Apam rose tengok rupa menarik cantik . Tapi kalau dh keras tak boleh dimakan rasa sayang pula kan . Mujur bos yg bg .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye keras sangat tak sedap. Apam tak menjadi kot tapi taknak rugi jual la juga.

      Delete
  4. setakat ke hr ni masih belum ke bazar.. beli di kedai tepi2 jln shj.. yg mudah2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cie belum jejak bazar juga. Selalu suami suka membeli kuih muih ni.

      Delete
  5. Aduhai sayangnya Cie kalau tepung pelita macam air tepung jew.
    Itulah kami malas nak beli kuih untuk berbuka sebab selalu mengecewakan dan terpaksa dibuang saja. Membazirkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu. tepung pelita tu pemberian doktor tempat kerja suami. memang terpaksa buang tak boleh nak makan risau takut sakit perut pulak.

      Delete
  6. kalau murtabak tu boleh la geng dengan Dania..dia suka

    ReplyDelete