Menu Sahur dan Berbuka Ramadan 1445H
Alhamdulillah selesai 1 Ramadan 1445H hari ni. Walaupun cuaca agak panas tetap boleh meneruskan ibadah puasa terutama anak-anak. Risau juga takut anak-anak tak tahan nak puasa dengan cuaca panas.
Sahur kami simple je memang takde nasi. Cuma minum air saja. Anak-anak memang taknak makan nasi so mudah kerja Cie shake shake je di pagi hari.
Untuk anak-anak Cie shake Life Cinch Chocolate lengkap dengan prebiotik dan omega 3 untuk bagi kenyang berpanjangan. Lepas tu untuk kawal aliran air dalam badan Cie bancuh Performance Drink Orange.
Cie pulak sahur ESP dan Cinch Chocolate untuk rasa kenyang. Untuk kawal aliran air dalam badan Cie bancuh Performance Drink Lemon Lime dan Cinch Tea.
Alhamdulillah takde rasa dahaga dan lapar pun bila bersahur dengan produk Shaklee. Sejak tahun 2013 rasanya Cie bersahur dan berbuka dengan produk Shaklee je.
Berbuka tadi menu simple je tak meriah pun. Menu biasa sama macam dinner je. Takdela berjenis-jenis. Kuih muih pun takde. Cie masak ayam goreng berlado kegemaran anak-anak, tempe goreng tepung bestari, tumis kangkung dan kobis bulat. Ni jela menu kami.
Selfie di pejabat hari pertama puasa |
Malam ni rezeki ke surau awal sikit dapat la saf dalam surau. Semalam datang lambat dapat saf luar surau je. Takde gangguan malam ni. Takde dah budak main lalu je depan orang tengah solat. Kebisingan pun kurang. Alhamdulillah.
Same here, berbuka ala kadar je. Masak mcm biasa je; satu lauk, satu sayur. Kadang jadi hiba kenangkan saudara Falastin kita :( jadi, bersederhana saja.
ReplyDeletebetul tu bersederhana jela. kalau bazirkan makanan terkenang orang lain yang makanan pun takde. bersyukur seadanya dengan rezeki yang ada.
DeleteBerbuka pun sama macam lauk dinner jugak. Lauk saya masak lagi la 2 je. Kami bertiga je. So far memang tak pergi bazar ramadhan lagi. Macam tahun lepas pun sama memang saya masak je.
ReplyDeleteye sama je pun masak. sama la tak pi pun bazar lagi.
DeleteTahun lepas hanya dalam 2 3 kali sahaja beli di bazaar ramadhan tahun ni target mmg nak masak sepanjang bulan.. alhamdulillah nampak simple tapi sedap :D
ReplyDeletecie pulak pergi bazar tengok2 je gelagat orang, tengok makanan2 yang dijual. suami je suka beli kuih muih bazar.
Deletesedap tengok ayam goreng berlado tu...
ReplyDeleteAyam goreng berlado & tempe goreng are the best combination ever! to tackle me
ReplyDeleterasa macam nak buat ayam goreng balado tu la
ReplyDelete