Menu Sahur Dan Berbuka 2 Ramadan 1445h - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 13 March 2024

Menu Sahur Dan Berbuka 2 Ramadan 1445h

 2 Ramadan 1445H

Menu Sahur Dan Berbuka 2 Ramadan 1445h

Alhamdulillah selesai 2 Ramadan dengan tambahan menu berbuka. Cie masak 3 jenis menu je sekali husband beli macam-macam pulak dah. Jiran pun ada bagi kek. Kisahnya berbuka 1 Ramadan tu anak-anak dan suami macam kelaparan pulak lepas berbuka makan jajan je. Hahaha. Cie memang jenis berbuka makan nasi je takde dah nak makan benda lain. Target nak kurus. hihihih


Husband pulak sejenis suka makan kuih jugak walaupun dah makan nasi. So dia memang akan beli la apa-apa kuih. Husband beli ayam gunting, kuih bakar, karipap. Dia sorang je pun makan kuih. Anak-anak makan ayam gunting. Cie makan kek jiran bagi tu sedap betul lembut je. 2 keping je boleh masuk.


Adik Rania pulak teringin nak kopi mamu. Lepas masak tu kami keluar la beli kopi sebungkus. Habis dia minum lepas berbuka. Ibu sedut la jugak sikit. Hahaha. Hancur plan ibu nak pantang kopi sebulan. Adik Rania ni memang geng mengopi ibu. Dia je suka minum kopi. Kakak Raisha tak suka sangat.

Menu Sahur Dan Berbuka 2 Ramadan 1445h

Menu Cie masak ikan goreng kicap, bayam tumis, telur dadar. Adik Rania tak makan ikan tu yang ibu masak jugak telur dadar. Kalau ikutkan 2 jenis menu je dah cukup. Sambal tempoyak tu tambahan jugak takde ulam pun best je makan sambal tempoyak.


Sahur memang takdela makan nasi. Sahur kita minum-minum je. Kalau makan nasi masa sahur cepat je melepek. Kalau minum protein shake je memang bertahan sampai berbuka. Takde rasa lapar. Sebab fungsi protein tu sendiri beri rasa kenyang. Lebihkan ambil protein masa sahur.

Menu Sahur Dan Berbuka 2 Ramadan 1445h

Cie ambil ESP Shaklee shake dengan Cinch Chocolate. Memang kenyang sahur macam ni pun. Untuk anak-anak pulak Cinch Chocolate. Anak-anak bagi feedback takde rasa lapar dan bertenaga je masa puasa walaupun sekolah.


Untuk kurangkan rasa dahaga musim panas ni kami minum Performance Drink masa sahur dan berbuka. Sahur Cie minum Performance Drink Lemon Lime mix dengan Cinch Tea untuk tenaga sepanjang hari. Anak-anak minum Performance Drink Orange. Bancuh sejuk-sejuk memang sedap.


Bangun sahur pagi tadi terkejut la ada macam bunyi something dari dapur. Cie dah risau cikti masuk dapur ke sebab memang pernah berlaku cikti masuk rumah. Cie slow slow ke dapur buka lampu duk mencari bunyi dari mana. Rupa-rupanya.........

Menu Sahur Dan Berbuka 2 Ramadan 1445h

Hose penapis air Cuckoo ni patah pulak. Cepat betul reput macam takde kualiti. Baru jugak lagi tukar hose ni dah patah semula. Dah bulan-bulan puasa pulak buat hal nya. Nak menunggu technician datang memang susah jugak. Lambat baru datang. Terpaksa tutup dulu buat sementara. Cuma boleh jela ambil air kat sinki tu ada lagi filter cuma bila buka yang ni akan memancut macam tu jugak la. Lepas dah ambil air kena tutup semula.


Sebelah petang pulak Cie buat projek Ramadan gift untuk staf. Kebetulan baru sampai terus packing je kat office bagi satu sorang. Setiap tahun Cie memang bagi staf kurma dan lain-lain macam tasbih digital. Tahun ni bagi kurma dan coklat. Order kat Shopee je.


Menu Sahur Dan Berbuka 2 Ramadan 1445h


Menu Sahur Dan Berbuka 2 Ramadan 1445h

Balik rumah packing untuk ustazah KAFA dan ustazah mengaji adik Rania. Lepas tu bagi jugak kat jiran sebelah rumah. Dia balas bagi kek makan berbuka.


Malam pulak pergi solat terawih lagi kat surau. Rezeki dapat saf depan sekali malam ni. Takde orang nak ke depan kami 3 beranak terus la ke depan. Kami datang awal sebelum masuk waktu Isyak. Selesa sikit dapat solat kat depan takde dengar bunyi budak-budak bising. Kusyuk la kita nak solat.

8 comments:

  1. Kita 2 hari ni kemahen la bantai air manis. Geram tengok air pelbagai warna lagi² teh tarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. geram kan bila tengok warna warni tu. hihih

      Delete
  2. Alhamdulillah, meriah sungguh lauk cie.. :D.. seronok ade jiran baik-baik.. boleh berkongsi makanan dan kasih sayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. gitu la menu biasa je masakan yang simple.

      Delete
  3. Tiba-tiba nampak kek. Sedapnya....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah jiran kongsi rezeki bagi kek . Nampak sedap tu .ayam gunting tu buat kunyah-kunyah lepas makan nasi

    ReplyDelete
  5. kat rumah kak SA memang x semua minum manis..so air sirap memang tawar..lepas tu awal puasa ni memang lauk macam- macam la..dah hujung2 nanti x tau nak masak apa

    ReplyDelete