Belum habis lagi cerita raya ni. Hihihi. Kali ni entry baju raya pulak. Banyak entry tergendala sebab tab takde data dah malas nak topup yang Digi tu line slow sangat. Kat rumah Cie line Umobile je laju. Data handphone pun memang pakai Umobile je. Guna iphone tak boleh nak rename gambar yang nak post kat blog ni. Cie memang akan rename gambar sebelum upload kat entry. Berkait dengan SEO jugak la. Tu yang lebih suka guna tab atau laptop. Kalau guna laptop kena pakai hotspot jugak sebab takde wifi.
Baju raya beli yang baru betul-betul 2 pasang je untuk Cie. Yang lain semua repeat baju lama. Raya 4 hari kat kampung kena ada 4 pasang baju. Raya pertama baju baru dan raya keempat. Raya keempat tu pun sebab ada tema untuk majlis bertunang anak saudara.
BAJU RAYA PERTAMA 2024
Untuk raya pertama ni sebenarnya takde plan pun nak pakai hijau untuk tahun ni. Tapi memandangkan ada beli baju warna hijau untuk program kat sekolah KAFA anak-anak. Kiranya baru sekali je anak-anak pakai baju tu. Tu yang terus decide beli baju ibu dan babah jela warna hijau. Dulu masa anak-anak kecik dah pernah pakai hijau. Kebetulan pulak tahun ni katanya ramai hijau.
|
bergambar bersama mak mertua |
|
tumpang deco raya rumah mak mertua. rajin kak ipar dan anak buah buat deco |
|
rumah kakak nombor 2 |
|
port wajib kami oot oot kalau raya kampung Cie |
|
hijau sama dengan tumbuhan. hahaha |
|
ni rumah ayah. bergambar dengan kakak sulung dan abang ipar |
BAJU RAYA KEDUA 2024
Baju raya kedua pulak repeat baju lama je. Beli untuk anak-anak je baju kurung cotton Anggun Collection. Baju anak yang sama warna tu dah kecik bagi kat cucu (anak kepada anak saudara Cie). Babahnya pakai t-shirt jela raya kedua. Tak ingat dah tema tahun bila warna hitam ni. Rasanya masa PKP dulu tu.
|
dari kiri: anak buah, kakak nombor 6, anak-anak ibu, anak buah, me |
|
sebelum ni kalau pakai baju kosong suka pakai tudung corak, kali ni try sama warna ok je pun rupanya |
|
beraya lagi kat rumah kakak nombor 2. hahaha. |
BAJU RAYA KETIGA 2024
Raya ketiga pun sama repeat baju lama jugak. Husband dan kerja masa raya ketiga. Lepas tu takde pulak gambar oot oot duk busy melayan tetamu. Sebelah pagi je sempat ke kubur lepas tu dah ramai tetamu datang ke rumah. Ada gambar wefie je dengan anak-anak kat kubur.
BAJU RAYA KEEMPAT 2024
Raya keempat semua baju baru untuk tema warna anak buah bertunang. Kami pilih warna coklat. Ada jugak la yang tak ikut tema. Biasa la bila dah ramai-ramai tu kan. Pelbagai baju la ada. Dapat berkumpul ramai-ramai pun dah satu kesyukuran. Majlis pertunangan anak kakak Cie yang kedua. Besar dah kakak. Masa kecik dulu selalu ikut Cie ke mana-mana. Nak jadi isteri orang dah.
6 family je dapat berkumpul kali ni. Family abang di Terengganu dan family kakak di Penang. Lepas tu abang ipar nombor 6 dan anak sulungnya tak dapat balik juga. Kalau semua ada memang tak muat frame kamera. Hihi
|
ni pun ada 2 family tak dapat balik |
|
cucu-cucu Haji Muhammad Nor dan Hajah Zainab |
|
layankan anak buah suruh buat peace silang. hahaha |
|
family kakak sulung |
|
family kakak nombor 2 |
|
family abang nombor 5 |
|
family kakak nombor 6. suami dan anak sulung dia takde |
|
family kakak nombor 7 tak sempat cari baju sama tema last minute dapat cuti |
|
family ku nombor 8 memang awal cari warna tema. hihihi |
Alhamdulillah selesai dah semuanya. Beraya 4 hari di kampung. Sekali majlis pertunangan anak buah. Semuanya berjalan dengan lancar.
yang berbaju kuning cair @ cream tu, incikTunang nya ke?
ReplyDeletetahniah anak buah Cie...semoga dipermudahkan segala urusannya..aamin
Ye kemeja krim tu tunangnya. Terima kasih ☺️
DeleteWah raya ke 4 anak buah bertunang, comel- comel semuanya
ReplyDeleteAah buat time raya senang dapat berkumpul ramai2.
Deletewahhhh tahniah dah jadi tunangan orang! cantiknya Cie dgn koleksi baju raya hehe
ReplyDeleteTerima kasih ☺️
Deletewah meriah raya, cantik warna hijau tu . selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga
ReplyDeleteCantik kan hijau. Dulu tak suka hijau 😬
DeleteSeronoknya ramai adik beradik Cie...
ReplyDeleteSemua baju pun lawa² :)
8 orang adik beradik ☺️
Deletecantik baju Cie, hitam.. dan hijau.. sesuai dengan kulitnya.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih ☺️
DeleteNampak meriah gambar kenangan raya.
ReplyDeletePilihan warna hijau memang sejuk mata memandang.
Ye meriah warna semua 😬
DeleteRajin kak ipar buat deko raya . Cantik tema klasik tu
ReplyDeleteAnak-anak buah la tu nak deco raya 😬.
DeleteYg akan menikah yg pegang bunga ya kak? Cantiiiik. Semoga dilancarkan sampai hari H yaa.
ReplyDeleteBaju raya tahun ini saya ada beli beberapa, tapi ternyata tak semua bisa dipakai hahaha. Jadi yg tak terpakai, utk tahun depan lah insyaallah 😅
Ye betul yang pegang bunga
Delete