Cara Masak Nasi Minyak Guna Periuk Noxxa - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 3 May 2024

Cara Masak Nasi Minyak Guna Periuk Noxxa

Nasi Minyak Periuk Noxxa

Lama dah ada periuk noxxa ni tapinya tak berapa nak function sangat. Hahahaa. Setiap kali raya je function untuk rebus nasi impit atau pun rebus daging je. Taknak mencuba sebenarnya walaupun dah banyak cara masak nasi minyak guna periuk noxxa dikongsikan. 

So kali ni kita memberanikan diri nak cuba masak nasi minyak guna periuk noxxa masa buat Jamuan Raya 2024 minggu lepas dan tak sangka sebenarnya elok kejadian. Kalau la tau menjadi ni memang dah lama guna.

Cara Masak Nasi Minyak Guna Periuk Noxxa

Resipi Nasi Minyak Periuk Noxxa

6 cawan beras basmathi dicuci dan toskan
9 cawan air
1/4 cawan minyak masak
1/4 cawan marjerin
2 helai daun pandan simpulkan
1 biji bawang holland blend
6 ulas bawang putih blend
2 batang kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
6 biji bunga lawang
Garam secukupnya
Pewarna kuning 

Cara Masak Nasi Minyak Guna Periuk Noxxa

  1. On periuk noxxa dan tekan butang stir fry.
  2. Masukkan minyak dan marjerin.
  3. Tumiskan bawang blend, daun pandan dan 3 sekawan. Kacau sehingga agak garing sedikit. Off periuk noxxa dan biarkan pot sejuk seketika.
  4. Setelah pot sedikit sejuk, masukkan air, beras dan garam.
  5. Tekan butang High Pressure selama 7 minit dan tuil tombol kepada pressure.
  6. Setelah noxxa mengeluarkan bunyi, tuilkan tombol ke arah steam. Biarkan sehingga periuk dah boleh dibuka.
  7. Selepas periuk dah boleh buka, titiskan pewarna dan gaul sebati. Tutup semula periuk dan biarkan seketika.
  8. Off periuk noxxa.

Sejukkan pot tu saja try & error sebab ada baca katanya kalau guna stir fry masa menumis nanti bila masak nasi akan jadi berkerak di bahagian bawah sebab pot panas. Masak kali kedua tu Cie try tak sejukkan pot so far ok je masa Cie try tu kejadian nasi elok je tak berkerak.

Cara Masak Nasi Minyak Guna Periuk Noxxa



Bahan-bahan tu Cie agak-agak je sebenarnya sebab selalu memang takde sukatan masak. Kalau google resipi macam-macam yang keluar. Bahan nasi minyak Cie memang tersangat mudah. Susu cair pun Cie tak guna. Alhamdulillah ramai puji sedap.

Cara masak nasi minyak guna periuk noxxa ni pun ada pelbagai cara bila search kat facebook. Ada yang menjadi, ada yang tak menjadi. Pertama kali Cie buat ni alhamdulillah menjadi. Mulanya risau juga takut tak jadi rugi jugak beras tu dah la nak buat majlis makan-makan. Tapi redah jela try and error. 

Cie masak 2 kali 6 cawan. Mulanya masak 6 cawan je takut tak cukup pulak. Masak la lagi 6 cawan. Jadi la 12 cawan. Selalunya masak 2 cawan tu untuk kami 4 beranak tapinya boleh banyak kali tambah la makan. Rasanya kalau 2 cawan tu 6-7 orang boleh makan. Kalau ada menu lain sekali la.

Raya akan datang boleh la masak nasi berperisa dalam periuk noxxa je. Senang dan cepat. Kalau masak dalam rice cooker lama juga.

4 comments:

  1. Periuk noxxa ini berarti semacam pressure cooker yaaa. Saya pun ada, tapi sampai skr tak pernah pakai hahahahah. Sebenarnya pernah, saat masih ada asisten lama saya kak. Dia pandai pakai.biasanya utk buat daging cepat empuk.

    Tapi dah resign, asisten baru pula tak Reti cara pakai 🤣. Saya juga tak berani hahahaha. Akhirnya sampai skr, tak terpakai lah. Apalagi ini pressure cooker jenis lama yg agak complicated sikit. Kalo yg baru kan dah lebih mudah.

    Memang jadi cepat masak apapun kalo pakai itu yaa

    ReplyDelete
  2. Senangkan.. akak pun kalau masak nasi lemak pakai PC tapi kena guna beras basmathi baru elok kejadiannya. Kalau beras biasa kerap fail.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah try lagi masak nasi beras biasa dalam tu.

      Delete