Resipi Celop Tepung - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 27 May 2024

Resipi Celop Tepung

Minggu lepas duk scroll reels kat Facebook jumpa la video owner kedai kat Kelantan tu share Resipi Celop Tepung. Cie pun gigih la try. Menjadi la jugak.

Resipi Celop Tepung

Resipi Celop Tepung

Resipi Celop Tepung


Bahan-bahan Celop Tepung

3/4 cawan tepung jagung
3/4 cawan tepung beras
1 sudu teh air kapur
1 biji telur
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
Ais batu

Minyak masak

2 ekor ikan
1/2 kg udang
3 ekor sotong

Cara Membuat Celop Tepung

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali ais batu.
  2. Masukkan ais batu sambil kacau. Jangan cair sangat. Agak-agak je sebab nanti ais tu cair.
  3. Lepas tu boleh la gaul bahan apa yang kita nak celop.
  4. Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dah celop tepung. Goreng hingga masak.
  5. Angkat dan toskan.
Resipi Celop Tepung


Resipi Celop Tepung


Resipi Celop Tepung


Nak makan celop tepung best jauh sangat kat Kuantan. Jadinya buat sendiri jela boleh makan puas-puas. Resipi Celop Tepung ni memang menjadi. Bahan pun mudah dan nak buat pun senang je. 

Ikan buat 2 ekor je untuk Cie dan husband je. Anak-anak tak suka ikan. Cie pulak tak makan sotong. Makan udang dan ikan je. Husband je makan semua. Hihi. Makan celop tepung ni tak makan nasi dah. Tu pun dah kenyang sangat.

9 comments:

  1. Sedap ni ... Buat sendiri puas hati kan... Ratah² je licin hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sendiri baru puas makan. Kalau kat kedai ICT tu mahal betul.

      Delete
  2. Terus rasa nak buat la weekend ni...nak pi berkelah kat PD ni

    ReplyDelete
  3. Buat sendiri boleh makan banyak mana yang nak....sedap tu....

    ReplyDelete
  4. sedapnya.. buat sendiri lagi berbaloi. tq share resepi

    ReplyDelete