Moist Chocolate Cake With Topping
Kek Coklat Lembab Kukus ni pun antara kek terpaling senang nak buat. Campur je semua bahan lepas tu kukus. Takde mixer dan oven kat rumah pun boleh buat. Cie buat 2 adunan untuk majlis jamuan raya sekolah KAFA anak. Dulu pun dah pernah buat dan share Resipi Kek Coklat Dan Topping.
Bahan-bahan Kek Coklat Lembab Kukus
1 1/2 cawan tepung gandum
1/3 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil baking soda
Secubit garam
1/3 cawan minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan air
Cara Membuat Kek Coklat Lembab Kukus
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
- Boleh sudukan ke dalam cup atau tray pembakar.
- Kukus selama 20 minit sehingga masak. Setelah 20 minit boleh cucuk dengan lidi atau garfu. Jika tak melekat tandanya dah masak.
Bahan-bahan Topping Coklat
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan serbuk coklat
2 sudu besar minyak jagung
3/4 cawan susu cair
Cara Membuat Topping Coklat
Satukan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga sebati. Tutup api dan sejukkan seketika. Boleh tuang ke dalam cup kek yang telah siap dikukus.
Adunan kek yang telah siap. Sudu besar tu untuk setiap cup |
Cup size small je cukup la untuk budak-budak makan |
1 adunan cup small ni dapat 23pcs |
16pcs muat dalam bekas 4 segi ni |
Untuk topping pun anggaran 1 sudu juga ngam jela bancuhan topping tu |
Kalau nak makan sendiri boleh je kukus terus dalam aluminium foil tray atau tray pembakar tu. Curah je topping. Kalau buat untuk majlis lebih sesuai letak dalam cup senang tetamu nak makan.
Mudah je nak buat Kek Coklat Lembab Kukus dan yang penting resipi ni memang menjadi. Rasanya nak repeat buat lagi anak-anak suka makan. Ibunya pun suka juga tapi tu la risau betul angka penimbang tukar angka ni. Hahaha
terima kasih atas resepinya...
ReplyDeleteSama2
Deletemmg sedap kalo mkn kek coklat yg moist...nk plak ada topping
ReplyDeleteYe kena ada topping memang sedap.
DeleteAppreciatee you blogging this
ReplyDelete