Sarapan Nasi Dagang - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 19 May 2024

Sarapan Nasi Dagang

Pagi ni malas jugak nak masak sarapan. Sebelum husband pergi Mesyuarat PIBG sekolah kakak Raisha tadi dia keluar beli sarapan dulu kat gerai tepi jalan kat Bistro Tempoyang. Kat situ ada variety menu sarapan. Husband beli nasi lemak, nasi berlauk, nasi dagang, karipap dan lepat pisang.

Sarapan Nasi Dagang
Sebelum ni ada sticker nama pembuat nasi dagang sekarang takde dah


Cie sudah semestinya sarapan nasi dagang. Cie jugak la pun request suruh husband beli nasi dagang kat situ. Memang sedap nasi dagang tu. Secukup rasa semuanya. Pembuat nasi dagang ni memang selalu hantar nasi dagang ke situ. Kalau buka kedai mesti laku. Susah nak jumpa nasi dagang yang sedap.

Sarapan Nasi Dagang


Cie selalu tambah keropok goreng dan cili jeruk homemade pulak makan dengan nasi dagang. Bertambah sedap kalau makan dengan keropok dan cili jeruk. Tak pedas la cili jeruk ni. Cie buat guna cili besar hijau tu je.

Sarapan Nasi Dagang

Alhamdulillah nikmat betul dapat sarapan nasi dagang. Menu Terengganu dari dinner malam tadi lagi. Hihi. Malam tadi menu Laksa Terengganu jiran bagi. Pagi ni pulak sarapan nasi dagang beli. 

4 comments:

  1. Tak pernah makan nasi dagang dgn cili jeruk, nmpk menarik pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la sedap 😬. Biasanya gulai nasi dagang dorg akan letak cili padi sedap la gigit sekali. Tapi yang ni takde. Tu yang makan dengan cili jeruk je.

      Delete
  2. Makan nasi dagang dengan keropok memang dah biasa. Makan dengan cili jeruk tu yang agak luar biasa. Nanti nak cuba makan nasi dagang dengan cili jeruk pula.

    ReplyDelete