14 Tahun Kehilangan Mak - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 4 June 2024

14 Tahun Kehilangan Mak

4 Jun 2010 hingga 4 Jun 2024 genap 14 tahun kehilangan mak tercinta. Sekejap je masa berlalu. Tak pernah sesaat lupa. Rindu pada yang tiada ni sakit sangat. Sakit yang tak boleh diubati.

14 Tahun Kehilangan Mak

Pagi tadi tengah buat kerja tiba-tiba kat radio Suria ada lagu Mamat Exist Untukmu Ibu apa lagi banjir la berjujuran air mata.

14 Tahun Kehilangan Mak


Mak takde sakit terlantar. Semuanya tiba-tiba. Seminggu sebelum meninggal doktor diagnose jantung bengkak. Masa check up tu doktor suruh balik rumah dan bagi ubat je. Mak memang ada darah tinggi dan kencing manis.

Kalau tak silap Cie 2 Jun 2010 mak admit wad. Tapi masa tu Cie tak dapat cuti kena settle kerja urgent juga nak kena submit. Cie bertugas di Hospital Jengka.

3 Jun 2010 Cie balik dari Jengka sebab mak masuk wad. Tu pun selepas settle kerja urgent baru pengarah luluskan cuti. Sampai Hospital Lipis tengahari.

Sampai Hospital Lipis terus ke wad mak tengok katil dah kosong. Tanya kaunter nurse kata mak dah transfer ICU.

Nak gugur jantung bila dengar. Masa tu ICU kat wad lama. Belum ada ICU macam sekarang. Terus ke sana. Mak ok je. Mak kata taktau kenapa pindah ICU. Mak boleh duduk, boleh bercakap macam biasa. 

Kakak yang nurse kat Perak tu mintak update BP dan bacaan oksigen mak. Semuanya ok dan normal je. Kakak kata normal je tu. So kami takdela risau cuma kakak kata kalau drop cepat inform dia.

Sebelah petang 3 Jun 2010 waktu melawat kami datang. Tapi cucu-cucu mak jenguk kat tingkap je tak boleh masuk. Makan malam sebelah petang tu pun berselera makan. Makanan yang terakhir rupanya. Teringat lagi mak kata sedap.

Keesokkan hari 4 Jun 2010 doktor call suruh waris datang segera ke hospital. Lepas subuh masa tu kelam kabut kami datang. Masa tu ayah naik dengan kakak sulung. Cie gerak sorang naik kereta Cie. Dari rumah nak ke hospital 30 minit. Sampai Lipis 7 pagi sama sampai dengan kakak dari Penang.

Sampai je kami terus ke ICU. Masuk je Cie tengok mak dah ditutup dengan kain. Rasa tak berpijak atas lantai. Rasa gelap dunia. Cie tak percaya lagi masa tu sampai la doktor explain everyhing. Allahuakhbar Cie dah takde mak rupanya. 

Penuh dengan penyesalan waktu tu. Rasa menyesal tak tunggu je kat depan wad tu dari malam sampai pagi. Kakak sulung dan abang ipar tunggu dari malam sampai 5am kakak balik sebab nak uruskan anak dia nak sekolah. Rasanya tak lama lepas kakak balik tu mak kena serangan jantung. Atau mungkin waktu subuh. Team hospital cuba dah sedaya upaya selamatkan mak. Masa mandikan tu ada kesan kat dada. Mungkin mereka gunakan defibrilator.

7.45am doktor sahkan mak dah takde. Punca kematian yang disahkan doktor adalah Cardiac arrest secondary to AMI. Ya Allah macam tak percaya tengok sekujur tubuh kaku dah tak bernyawa. Ayah hampir nak pitam waktu jatuh terduduk. Pertama kali tengok ayah bersedih kehilangan mak.

Cuma Cie terkilan masa mak ada mak nak sangat tengok Cie nikah. Masa tu belum sampai jodoh. Ditakdirkan mak tak dapat tengok anak bongsu dia nikah. Genap setahun mak meninggal Cie bertunang. Kalau la waktu tu boleh diputarkan waktu. Tapi semuanya kuasa Allah. Allah dah tetapkan semuanya.

Semuanya masih segar dalam ingatan walaupun dah 14 tahun berlalu. 14 tahun tak pernah lupa walau sesaat. Rindu semuanya tentang mak.

Alfatihah buat mak Allahyarhamah Zainab Mohd Zin

Semoga ALLAH ampuni dosa mak. Semoga mak dijauhkan dari azab kubur dan api neraka. Semoga ALLAH terangkan kubur mak dan semoga ditempatkan di kalangan para syuhada dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus. 

15 Ogos 1948 - 4 Jun 2010

14 Tahun Kehilangan Mak



8 comments:

  1. Amiin..semoga roh arwah mak tenang di sana..

    ReplyDelete
  2. Aamiin. I feel you, sbb sama2 dah hilang emak.

    ReplyDelete
  3. Al fatihah utk bonda Cie.
    Mak PH pun dah 4 tahun pulang ke negeri abadi. Mudah-mudahan Allah tempatkan arwah ibu² kita di kalangan para solihin aamin 🤲

    ReplyDelete