Resipi Nasi Daging - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 23 June 2024

Resipi Nasi Daging

Sebut je nasi daging ni asalnya resipi nasi daging dari belah utara. Ada la resipi asalnya tu kan. Ni pertama kali Cie buat nasi daging hentam jela bahan apa yang ada adjust ikut kesesuaian sendiri. Ikut style sendiri. Takde salah takde betul dalam dunia masakan ni.

Daging korban kakak Cie bagi minggu lepas tak sure la berapa gram. Pagi tadi husband potong daging. Memang plan nak masak nasi daging hari ni.

Resipi Nasi Daging

Mula sekali rebus la daging dulu. Cie rebus daging dalam periuk noxxa. Tekan HP 30 minit. Air kena lebih sebab nak guna untuk nasi, sup dan air asam.

Resipi Nasi Daging

Resipi Nasi Daging

Bahan-bahan Nasi Daging

2 cawan beras basmathi
3 cawan air rebusan daging dan sedikit daging
1 sudu besar rempah kurma
2 biji bawang putih hiris
1/4 biji bawang besar hiris
1” halia hiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu teh garam
1 sudu teh bahan perisa
2 helai daun pandan
Sedikit batang daun ketumbar (kalau ada)
2 sudu besar marjerin

Cara Membuat Nasi Daging

1. Panaskan marjerin dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau dan sedikit layu.
2. Masukkan rempah kurma dan kacau seketika.
3. Masukkan air rebusan daging dan daging, garam dan bahan perasa.
4. Cuci beras dan toskan air. Masukkan dalam periuk sekali air tumisan tadi. 
5. Masukkan daun pandan dan batang daun ketumbar. Tekan cook dan biarkan hingga masak.

Resipi Sup Daging

Resipi Nasi Daging

Bahan-bahan Sup Daging

Daging yang telah direbus
Air rebusan daging
1 biji bawang putih hiris
1/2 biji bawang besar hiris
2” halia hiris halus
2 sudu besar rempah kurma
1 sup bunjut
1 batang kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 biji buah pelaga
1/2 batang celeri potong kecil
2 sudu teh garam
1 sudu teh bahan perasa
2 sudu besar minyak

Cara Membuat Sup Daging

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, sup bunjut, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga layu.
2. Masukkan rempah kurma dan kacau seketika. 
3. Masukkan daging dan air rebusan. Kacau rata.
4. Masukkan batang celeri, garam dan bahan perasa.
5. Biarkan mendidih seketika dan sedia dihidangkan.

Resipi Air Asam

Resipi Nasi Daging

Bahan-bahan Air Asam

4 sudu besar asam jawa 
Sedikit air masak
Sedikit air rebusan daging
2 sudu besar kerisik
1/2 biji bawang besar hiris
4 biji cili padi hiris
3 biji tomato ceri potong dadu kecil
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula

Cara Membuat Air Asam

1. Ramaskan asam jawa dengan air masak kemudian tapiskan. Letak dalam mangkuk.
2. Separuh bawang besar, separuh cili padi, separuh tomato masukkan dalam blender. Separuh lagi masukkan dalam mangkuk yang ada air asam jawa.
3. Masukkan kerisik, air rebusan daging 2 sudu besar air rebusan daging, garam dan gula ke dalam blender yang ada bawang besar, cili padi dan tomato tadi. Blend sehingga sebati.
4. Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk tadi. Kacau rata.

Siap dah nasi daging dan bahan lain. Sedap betul makan nasi daging dengan air asam tu. Nasi daging ni memang takde sayur macam acar ke apa. Sedap juga walaupun takde sayur. 

10 comments:

  1. nasi daging sedap...
    tapi tulah, air asam tu linda tak lepas lagi...hihihi, biasa lah...orang paling "rajen" ke dapur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cie pun 1st time buat air asam buh kerisik tu mujur elok kejadian 😬

      Delete
  2. Assalamualaikum, sedapnya nasi daging, ada resepi lengkap boleh cuba buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Resipi yang simple senang nak buat.

      Delete
  3. Menu begini memang tak tolak punya. Menambah adalah hahahaaa.

    ReplyDelete
  4. wahh..macam senang pulak masak nasi daging ni..tak pernah buat sendiri.tqq share resepi:)

    ReplyDelete
  5. Nak save resipi ni. Dah lama tak makan nasi daging ni.

    ReplyDelete