Hari ni murah betul rezeki dapat makanan dari pagi tadi. Alhamdulillah rezeki dapat makanan. Rezeki ni banyak cara. Bukan semata rezeki duit. Rezeki dapat kesihatan, rezeki dapat makanan, rezeki dipermudahkan urusan dan macam-macam bentuk rezeki la.
Pagi tadi staf Cie bagi pulut sambal. Cie order nasi lemak kat staf Cie 2 bungkus dan dia bagi free pulut sambal tu nak bagi Cie rasa. Sedap makan pulut dengan sambal goreng dan telur dadar. Sebekas tu staf Cie jual RM3 je.
Kebetulan pagi tadi Cie tertinggal tumblr kat rumah. Cie bawak green tea hari ni untuk bertahan sepanjang buat Intermittent Fasting. Cie selang seli antara Cinch Tea Shaklee dan green tea untuk minum sepanjang buat IF. Bila tertinggal tumblr green tea jadi malas la nak IF. Minum air biasa je takut tak bertahan nak makan waktu lunch time tu.
So tak jadi la Cie IF. Rezeki dapat makanan pagi tadi pulut sambal Cie pun makan dulu sebelum masuk taklimat thumb print baru pukul 9 pagi. Tak habis pun sebekas tu. Cie makan separuh je. Waktu lunch tengahari tadi sambung makan lagi separuh kat rumah.
Masuk office lepas taklimat habis 11 pagi, staf yang pergi Cameron semalam bagi strawberry fresh sebekas dan jeruk strawberry. Alhamdulillah rezeki dapat makanan lagi.
Tengah makan malam nasi goreng seafood dengar anak jiran bagi salam. Anak-anak buka pintu bawak masuk bekas makanan jiran bagi. Tengok jiran bagi baked macaroni. Alhamdulillah rezeki dapat makanan banyak dari orang baik-baik. Semoga rezeki murah buat pemberi rezeki hari ni.
Alhamdulillah untuk rezeki hari ni.
Murahnya rezeki. Alhamdulilah.....
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga tambah rezeki untuk pemberi dan penerimanya.
ReplyDeletealhamdulillah.... syukur. murah rezeki
ReplyDeleteAlhamdulillah..murah rezeki.....
ReplyDeletesEDAP =p
ReplyDeleteAlhamdulillah mencurah² rezekinya 🤲
ReplyDeleteAlhamdulillah.. rezeki dari pelbagai cara.
ReplyDeletewaahhh pulut sambal 3 rggit je di zaman brg semua mahaldahni ! waduhhh waduhhh jeruk straberry tu sedapppppp!
ReplyDeletealhamdulillah rezeki.
ReplyDeleteAlhamdulillah.rezeki yang tak disangka-sangka
ReplyDelete