Maal Hijrah 1446H - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 6 July 2024

Maal Hijrah 1446H

Al-Falah Pemacu Malaysia Madani

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi kita sebagai umat Islam kerana hari tersebut menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Maal Hijrah 1446H

Pada tahun ini 1 Muharam 1446H jatuh pada 7 Julai 2024 dan merupakan cuti umum kepada seluruh Malaysia tapi sebab jatuh hari Ahad maka cuti gantian pada hari Isnin 8 Julai 2024. Seronok la kita dapat cuti panjang hujung minggu.

Tema rasmi bagi sambutan Maal Hijrah pada tahun ini adalah “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”. Majlis sambutan Maal Hijrah 1446H peringkat kebangsaan pada tahun ni akan disambut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

Setiap tahun tema rasmi akan dipilih bersesuaian dengan suasana dan keadaan negara kita. Tema ini adalah manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat.

Dalam konteks ini, pembangunan ummah yang berteraskan konsep Al-Falah (kejayaan). Ini perlu disemai, digarap, dihayati dan dicapai bagi merealisasikan Gagasan Malaysia Madani.

Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Salam Maal Hijrah 1446H.

5 comments:

  1. Rasa macam baru je baca doa akhir tahun dan awal tahun dan tahu2 baca lagi.....Salam Maal Hijrah! Moga kehidupan kita diberkati selama satu tahun ni....

    ReplyDelete
  2. Salam maal hijrah utk roziah sekeluarga🌹

    ReplyDelete
  3. Salam Maal Hijrah Cie sekeluarga 🌸 Semoga 🇵🇸 beroleh kemenangan tahun ni 🤲🏻

    ReplyDelete
  4. Salam Maal Hijrah... Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati :D

    ReplyDelete