Hujung minggu takde aktiviti nak dibuat. Iron baju dah siap semalam. Nak mengemas rumah pun takde apa yang nak dikemas. Duduk bersantai sambil mengadap blog jela. Husband balik beli barang dapur tadi terus check in kitchen masak menu lunch simple je.
Cie mintak husband beli bayam tadi. Nak buat goreng bayam je hari ni. Biasanya sayur berdaun tak tahan lama. Lepas beli terus masak je. Teringin pulak nak makan bayam. Buat tambah menu lunch simple kita hari ni.
Sardin goreng pagi tadi ada lagi. Tambah sikit-sikit je menu lain. Cie masak telur dadar dan goreng ikan pekasam. Memang berselera la makan.
Untuk anak-anak Cie mintak husband masak kicap sotong. Bukan selalu makan air tangan bapaknya ni. Dia tak pandai masak tapi kalau ajar tu boleh je. Cie guide la kat sebelah sambil Cie goreng bayam, mintak husband goreng sotong.
Cie tak makan sotong. Menu sotong kicap tu anak-anak dan suami je makan. Anak-anak suka sotong celop tepung. Malas nak masak renyah-renyah tu yang buat sotong kicap jela paling mudah. Malas nak lama-lama duduk kat dapur tu.
Sebelum Zohor tadi siap terhidang menu lunch simple hari ni sardin goreng, sotong kicap, ikan pekasam, telur dadar, bayam goreng. Alhamdulillah kenyang lepas Zohor tadi dah makan menu lunch simple.
saya, ada bayam tumis dgn telur goreng je dah ckp utk bertambah nasi😁
ReplyDeleteSimple bila telur mata dgn kicap jer hihii
ReplyDeleteSelamat mengelunch selera
ReplyDeleteYang simple tu yang buat bocor periuk kan...
ReplyDelete