Malam ni Cie dah hantar Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025 untuk kakak Raisha. Sebenarnya kakak Raisha taknak pun tapi Cie kata takpela kita cuba je mohon. Kalau dapat nanti kakak Raisha fikir la nak ke taknak. Cie pun macam berbelah bagi jugak nak bagi kakak Raisha duduk asrama.
Risau jugak nak bagi berdikari baru 13 tahun kan. Tapi tu la kalau duduk rumah memang tak belajar. Duduk asrama boleh la berdisiplin dan berdikari sikit.
Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025 mula dibuka 6 Ogos dan akan berakhir pada 6 September 2024. Boleh la cuba buat permohonan bagi ibu bapa yang ada anak berusia 12 tahun sekarang.
Selain dari maklumat ibu bapa, ada maklumat lain yang diperlukan. Antaranya gaji ibu bapa; Laporan Penilaian Bilik Darjah (PBD) tahun 2024/2024 untuk mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris ; Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan lain-lain.
Untuk pilihan MRSM tu ada 3 pilihan yang kita boleh pilih. Cie pilih MRSM yang ada di Pahang je.
Lepas tu kita kena pilih zon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM). Antara zon yang ada Zon Timur, Zon Barat, Zon Tengah, Zon Selatan, Sabah, Sarawak. Boleh la pilih mana-mana zon kita berada. Cuma taktau la tu lokasi sebenar kat mana.
Kita cuba saja la. Bagi anak rasa menduduki peperiksaan besar. Macam dulu ada UPSR so boleh la kita ukur tahap kebolehan anak-anak. Bila dah dimansuhkan melalui ujian kemasukan ke SBP dan MRSM jela kita boleh tau kebolehan anak-anak.
Insya-Allah... Anak cie pun result ok tu... Boleh tu...
ReplyDeleteGood luck Kakak Raisha...baru nak ajak datang maktab Kakak Pia hehehe
ReplyDeletein syaa Allah semoga ada rezeki kakak Raisha, aamiin
ReplyDeleteGood luck kakak Raisha. Moga rezeki di MRSM.
ReplyDelete