Anemia Semasa Mengandung - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 20 September 2013

Anemia Semasa Mengandung

Pernah dengar tak perkataan anemia? Mungkin ada yg farmiliar..mungkin ada yg tak pernah dengar kot..anemia nih bukan sejenis makanan tau..dia berkaitan dengan penyakit..
Setelah digoogle maka pencarian telah pon menjumpai maksud anemia..nak terangkan sendiri kang takot tesalah penyampaian pulak kan..biar yg pakar je menerangkan..

Anemia, perkataan yang berasal daripada bahasa Greek (Ἀναιμία) yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia; oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah. Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi tbagi semua tisu dan organ badan.

Tiga kelas anemia yang utama termasuk:
kehilangan darah akut (mendadak) yang berketerlaluan (genting seperti dalam kes pendarahan akibat kecelakaan, atau kronik (melalui kehilangan darah isi padu rendah dalam jangka masa lama);
pemusnahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis); dan
pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoiesis yang tidak berkesan).

Bagi wanita-wanita yang datang haid, kekurangan ferum dalam diet merupakan satu sebab yang umum untuk kekurangan pengeluaran sel darah merah.
Anemia merupakan gangguan darah yang paling biasa. Terdapat berbagai-bagai sebab yang mendasari anemia. Anemia boleh digolongkan melalui berbagai-bagai cara, berdasarkan morfologi atau bentuk sel darah merah, mekanisme etiologi, dan simptom klinikal yang boleh dikesan, antara lain.

Adanya dua pendekatan utama untuk mengelaskan anemia, iaitu pendekatan "kinetik" yang melibatkan penilaian pengeluaran, pemusnahan, dan kehilangan sel darah merah, [1] serta pendekatan "morfologi" yang mengelaskan anemia mengikut saiz sel darah merah. 

Pendekatan morfologi mempergunakan satu ujian makmal yang murah dan mudah didapati (min isi padu korpuskel, MCV) sebagai titik permulaannya. Sebaliknya, menumpukan perhatian pada persoalan pengeluaran pada peringkat awal membenarkan seseorang doktor untuk mendedahkan kes-kes anemia yang diakibatkan oleh berbilang sebab dengan lebih cepat.

Sumber: http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Penyakit_anemia

Memandangkan penyakit anemia nih pernah menyerangku maka rasa terpanggil utk bekongsi cerita..

Masa preggy anak yg yg 1st memang mula2 check up kat Klinik Kesihatan Ibu Anak (KKIA) tuh asik la area 10 je bacaan hb nye..tak pernah pon cecah 11..12 apetah lagi sedangkan normal range utk preggy mommies nih 12 ke atas..

Nurse pon terangkan apekah effect kpd baby kalo hb low..kite nih 1st time pon preggy kan mula la gelabah takut anak dlm perut tak cukup oksigen..mule la mencari makanan ape yg bole up kan semula hb tuh..orang kate makan bayam kite makan bayam..orang kate makan buah prune kite makan buah prune..pendek kate ape orang kate je kite kota..

My sis nurse so dia suggest suo beli iberet folic kat farmasi..mule2 consume tuh same jugak tapi naik la sikit..lama2 dapat la 11..takde pon sampai 12 kire ok la kan dari 10 tuh..tak sanggup nak naik bukit g KKIA tuh 2minggu sekali..kite pon continue la makan sampai la deliver..siap ade balance lagi..

Utk 2nd baby nih baru 2x g check up kat KKIA so far alhamdulillah tak kurang dari 12..tadi g check up makin naik jadi 13..tak makan pon iberet folic..tak makan pon ubat KKIA bagi tuh..makan ape tau tak?ape lagi Shaklee kite la..hihi..kite makan set mengandung trimester II..vita lea shaklee tuh memang membantu utk naikkan hb..mudah2an takde problem sampai deliver la..tak sanggup dah mase preggy yg 1st dulu..sampai 2x kot admit ward sebelom deliver..

Mase preggy my girl raisha..paling tinggi 11.8 lepas secara konsisten consume iberet folic

Yg kali nih hanya consume set mengandung je alhamdulillah hb memang normal..syukur sangat2..

Memang sangat digalakkan ibu mengandung ambil set mengandung shaklee..memang terbukti berkesan serta selamat utk dimakan..


set nih utk trimester 2&3..set yg sy consume utk preggy kali nih..memang serasi..no more anemia semasa mengandung..


No comments:

Post a Comment