Coral Bay Resort Pangkor - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Ahad, 30 Julai 2023

Coral Bay Resort Pangkor

 Resort di Pulau Pangkor

Pada penghujung bulan Mei yang lepas Cie bercuti di Pulau Pangkor. Check in pada 28 Mei dan check out 29 Mei 2023. 1 malam je menginap di  Coral Bay Resort Pulau Pangkor.

Setelah buat survey, ramai yang suggest untuk stay di sini sebab di lobi hotel ni ada kedai untuk shopping free duty. Ada macam-macam. So senang je boleh shopping berkali-kali la. Hihi

Coral bay resort pangkor
Pandangan dari depan hotel

Harga bilik untuk 1 malam RM180.17 untuk Superior Double or Twin dapat sekali breakfast untuk 2 orang. Deposit RM100 dipulangkan masa check out. Cie booking melalui Agoda. Kena survey dulu mana harga paling berbaloi untuk bajet kita.

Check in time 3.30pm tapi kami check in lambat sikit dalam 4 lebih macam tu. Masa check in cepat je sebab takde orang pun. Proses check in sekejap je lebih kurang 5 minit je.

Parking kereta tak banyak dalam kawasan hotel. Memang kena parking kat luar. Pakai kereta sewa je masa kami kat sana.

Coral bay resort pangkor
Receptionist


Coral bay resort pangkor
Lobi hotel ada disediakan sofa

Lobi sangat luas. Ada disediakan sofa dan bahan bacaan. Kat lobi juga ada CK Supermart dan CK Duty Free.

Coral bay resort pangkor
Masih pakai kunci biasa je


Coral bay resort pangkor
Ambil twin bed muat la tidur 4 beranak

Bilik sangat luas memang selesa la untuk kami 4 beranak. Tak banyak masa dalam bilik pun. Banyak masa berjalan je. Tidur je kat bilik. 

Wifi dan line handphone laju. Cie pakai Umobile full bar. Wifi dalam bilik pun laju. Tiada password pun boleh terus access je.

Coral bay resort pangkor
Kerusi rotan pun dah season


Coral bay resort pangkor
Tempat letak beg


Coral bay resort pangkor


Coral bay resort pangkor
Coffee and tea juga disediakan


Coral bay resort pangkor


Coral bay resort pangkor
Toiletries 


Coral bay resort pangkor
Bath tub pun ada boleh la berendam


Coral bay resort pangkor
Sejadah pun disediakan


Coral bay resort pangkor


Kalau malas nak keluar boleh order room service je. Harga berpatutan. Tak mahal pun. Tapi kami tak order pun. Saja nak try makan kat tepi hotel ada kedai masakan panas. Menunya pun biasa je.

Coral bay resort pangkor
Harga menu room service pun murah je


Iron ada disediakan di tingkat 2. Dalam tu ada 3 biji iron. Boleh la iron baju dengan selesa. Disediakan juga aircond. Mujur depan bilik kami je senang nak angkut baju nak iron.

Coral bay resort pangkor


Kami dapat view face jalan. Cantik la juga malam-malam boleh keluar duduk kat balkoni tu ambil gambar. Cuma takde kerusi la kat balkoni tu. Kena berdiri je nak menikmati view.

Coral bay resort pangkor
View dari bilik waktu malam


Coral bay resort pangkor
View waktu malam dari balkoni bilik


Menu breakfast tak banyak pilihan sangat tapi ok la juga untuk isi perut. Malas nak cari sarapan kat luar. Ada nasi goreng, kuey teow goreng, nasi lemak, sosej, egg counter, porridge, buah, kek, jus oren, kopi, teh, air suam, air sejuk. Free breakfast untuk 2 pax saja so kami tambah bayaran breakfast untuk anak-anak RM12 seorang.


Coral bay resort pangkor
Voucher breakfast untuk 2 orang


Coral bay resort pangkor
Menu breakfast


Coral bay resort pangkor


Coral bay resort pangkor


Coral bay resort pangkor


Pool ada untuk dewasa dan kanak-kanak di tengah-tengah hotel. Nak pergi ke restoran kena lalu tepi pool ni la. Kami tak mandi pool. Anak-anak tak suka mandi pool. Mereka lebih suka pantai.


Coral bay resort pangkor
Pool besar juga ada untuk dewasa dan kanak-kanak

Kat kawasan lobi tu ada juga disediakan kerusi urut berbayar so kena masukkan duit ada la harga kat situ ikut minit. Ada juga disediakan pelbagai jenis games yang menggunakan token. Mesin token ada di situ boleh tukar duit dengan token.

Coral bay resort pangkor
Kerusi urut pun ada kena masuk duit


Coral bay resort pangkor


Coral bay resort pangkor


Sebelum check out acara wajib kami anak beranak take a picture dulu. Hihihi


Coral bay resort pangkor
Wajib wefie dulu sebelum check out


Coral bay resort pangkor
Macam tourist tak? Hihi

Tamat percutian kami 2 hari 1 malam di Coral Bay Resort Pulau Pangkor. Overall kami berpuas hati dengan service yang disediakan di hotel ini. Walaupun hotel lama dan fasiliti pun lama tapi tahap kebersihan hotel terjaga.

Staf hotel semua ok. Receptionist pun sangat mesra. Staf di restoran pun bagus.

Cie pilih untuk stay di sini sebab mudah untuk access ke mana-mana tempat. Nak shopping duty free pun mudah je sebab ada di lobi hotel. Berkali-kali la Cie masuk situ. Hihihi. Mini market pun ada kat lobi. Senang nak cari apa-apa barang.

Nak ke pantai pun boleh jalan kaki je dalam 5 minit ke Pantai Pasir Bogak. Ada juga bot untuk ke pulau-pulau sekitar Pangkor. 1 bot RM250 mereka akan bawa ke 7 tempat. Ada la agen-agen kat tepi pantai tu.

Sempat la anak-anak mandi pantai sekejap selepas breakfast. Kami check out awal 10am sebab nak shopping last sebelum balik dan nak jalan-jalan dulu sebelum pulangkan kereta sewa.

4 ulasan:

  1. hotel olskul. Saya belum pernah sampai ke Pulau pangkor ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah sangat oldschool tapi service terjaga semuanya. Plan la bercuti ke sana syok.

      Padam
  2. Ok tu boleh shopping berkali². Tentu dah best skrg Pulau Pangkor, sy pergi dulu masa zaman remaja, hehehe.

    BalasPadam