Bercuti di Pulau Pangkor - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sabtu, 5 Ogos 2023

Bercuti di Pulau Pangkor

 Pulau Pangkor | Pulau Bebas Cukai

Lamanya peram entry ni malas nak update. Hahaha. Tapi sayang pulak kalau tak share. Untuk rujukan diri sendiri jugak nanti kot nak repeat bercuti di Pulau Pangkor lagi.

Pulau Pangkor


Pada 28 hingga 29 Mei yang lepas, kami bercuti ke Pulau Pangkor dah alang-alang sampai Perak. Bila tau je husband kata nak pergi Kenduri di Taiping Cie terus plan nak bercuti di Pulau Pangkor.

Gigih la survey pasal Pangkor. Cie dah pernah ke Pangkor tapi masa tu belum diiktiraf sebagai Pulau Bebas Cukai ni. Rasanya tahun 2010 atau 2011. Masa bujang lagi. Lama sangat dah sekarang anak dah 2 baru lah berpeluang untuk bercuti di Pulau Pangkor.

Pangkor Trip Day 1 28 Mei 2023


Marina Island Jetty Lumut to Pangkor Island


Pulau Pangkor
Sampai Jeti Marina wefie dulu


Parking kereta kat jeti sehari rm50 kalau parking berbumbung. Kalau parking biasa tu rm40 sehari. Kira parking hari ni, esok dah balik dikira sehari. Kami ambil yang berbumbung dekat sikit dengan jeti. Takdela kena menapak nak angkat beg.



Pulau Pangkor
Jeti Marina


Cie naik feri di jeti Marina 11.15am. Sampai awal juga so sempat la shopping topi tu. Sesaja ngada beli nanti entah bila la pulak nak pakai. Hihi

Pulau Pangkor
Satu sorang topi ibu belanja



Pulau Pangkor
Husband terpaksa layan. Haha


Harga topi anak-anak rm17.50, topi Cie tu rm19.50. Ada banyak jenis dengan harga berbeza. Boleh la pilih ikut citarasa. Setengah jam jugak duk memilih tu.

Kat jeti tu ada macam-macam barangan dijual. Sementara tunggu feri sampai sempat la korang cuci mata atau cuci duit.

25 minit sebelum waktu feri kita tu, petugas akan panggil waktu feri kita belepas so kita dah boleh masuk kat ruang pelepasan tu. 

Petugas akan scan tiket yang kita dah book online. Yang ni nanti Cie share macam mana nak book. Cie print siap-siap senang dia nak scan. Tak print pun boleh je guna yang bar code kat dalam emel. Tunjuk je handphone pun boleh.

11.15am feri sampai dah boleh naik. Masa jalan nak ke feri bergoyang sikit sebab air laut berombak kan. Takdela goyang beria. Masuk feri boleh je duduk mana-mana. Takde seat number. Kami duk atas.

Pulau Pangkor
Ada 2 jenis feri nanti boleh pilih masa beli tiket online


Pulau Pangkor
Duduk je mana-mana takde seat number. Kami antara yang terawal masuk feri so kami naik ke bahagian atas



10 minit je dah sampai ke Pangkor. Takdan la nak lelap ke apa. Hahaha. Memang sekejap sangat. Tiba-tiba eh dah sampai. Kalau dari Jeti Marina ni dekat je. Kalau dari Jeti Lumut tu jauh sikit. Masa pertama kali datang dulu belum ada Jeti Marina ni.

Sampai je jeti tu nanti ramai agen-agen tunggu offer kereta sewa, motor sewa atau teksi pink. Kami dah book awal sebelum datang. Kami search kat facebook je jumpa macam-macam jenis. Harga pun berbeza. Ikut nasib la ada dapat murah. Kami punya tu RM120. Kereta Kia Spectra. Ok la kereta tu. Kereta sewa jangan korang high expectation sangat ye. Hihi.

Pulau Pangkor
Sampai jeti nanti penuh la agen-agen sambut kedatangan kita nak offer kereta, motor, teksi


Pulau Pangkor
Ni la kereta kami dapat tu. Kereta auto. Pastikan korang ambil kereta auto. Kat Pangkor banyak bukit bukau.


Pulau Pangkor
Boleh contact owner kereta yang kami sewa tu


Kami sampai awal tapi tak boleh ambil kereta lagi dah janji dalam 2pm macam tu. So sempat la kami lunch dulu kat kedai makan di tepi jeti dan sempat juga cuci mata kat tepi jeti tu ada banyak kedai jual ikan bilis dan barangan free duty.


Makan Tengahari di Haida Kafetaria Pulau Pangkor


Sementara nak tunggu boleh ambil kereta sewa kami makan tengahari di Haida Kafetaria dulu. Bersebelahan je dengan jeti. Boleh jalan kaki je. Kos 4 orang makan RM37.


Pulau Pangkor
Sampai Pangkor jadi vegetarian pulak. Hihi. Nanti tukang habiskan lauk anak.


Pulau Pangkor
Ni pinggan husband


Pulau Pangkor
Nampak tu kan lauk tak habis so ibu tukang habiskan


Pulau Pangkor
Ni pun sama tak habis lauk.


Pulau Pangkor
Banyak pilihan lauk pauk. Laksa dan abc juga ada kat sini

Dah siap makan pun ada banyak lagi masa nak ambil kereta so kami menapak la jalan kaki sambil galas beg feeling macam tourist. Hahaha. Mujur ada disediakan kerusi kat depan kedai-kedai tu dapat la kami rehat situ je sekejap.


Pulau Pangkor
Kat area sini ada Agro Bank, Maybank dan Ambank


Pulau Pangkor
Bersusun je coklat Daim belakang tu


Pulau Pangkor
Bangunan kedai makan dan gerai jualan. Sebelah je jeti Pangkor

Tempat Menarik Di Pulau Pangkor

Pulau Pangkor
Ni pun dekat je dengan jeti

Lepas dah ambil kereta 2pm lebih macam tu kami pun terus pusing Pangkor dulu. Nak tunggu boleh check in kat Coral Bay Resort Pangkor 3.30pm. Main redah je takde hala tuju. Pangkor ni kecil je so pusing-pusing pun situ je. Ada la beberapa tempat kami pergi main singgah je yang kami nampak. 

Pulau Pangkor
View cantik kami pun singgah la ambil gambar


Pulau Pangkor
Murung nak naik sampai atas ni demi nak tengok view pulau


Pulau Pangkor
Dah sampai atas kena la begambar. Nak turun dah sekian. Haha

Menara tu ada banyak je tepi jalan. Ada tempat nak berenti parking kereta dan boleh la naik atas tu tengok view menarik. Kami tu singgah menara yang tangganya agak mencabar. Ada je menara lain tangganya ok je.

Eng Seng Kilang Satay

Ni pun kami singgah je tengok teksi pink tu bawa passenger mereka kat situ. Kat sini ada jual hasil laut. Macam-macam ada. Kami beli la sikit dah alang-alang singgah.

Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Masjid Al-Khairiah Pulau Pangkor


Kagum betul dengan seni bina masjid ni. Macam masjid kat China. Kat sini boleh solat. Ada 2 tingkat. Kat atas pun boleh naik. Terpegun tengok masjid yang sangat cantik macam ni.

Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor

Masjid 1000 Selawat Pulau Pangkor


Seterusnya kami singgah kat Masjid 1000 Selawat. Kami tak masuk dalam sebab tengok ramai sangat orang. Ambil gambar dari depan je. Masjid ni pun cantik. Dikenali juga dengan nama masjid terapung.

Masa ni anak-anak taknak bagi kerjasama nak bergambar dah. Ibu je tak puas nak ambil gambar kenangan. Hahaha. Bukan selalu datang pun. Sebab panas kot tu yang anak-anak buat hal. Panas pulau memang lain macam.


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor

Kota Belanda Pulau Pangkor


Dulu masa pertama kali datang takde pun gerai jualan kat tepi tu. Sekarang dah banyak gerai jualan. Untuk bergambar je singgah sini. Sementara tunggu nak check in.

Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor



Makan Malam di Restoran Ilham 


Restoran ni di tepi saja dengan Coral Bay Resort. Jalan kaki je turun makan. Rasa dia boleh jela buat isi perut. Service lambat juga. Sempat pi shopping kat lobi hotel. Nyesal makan situ. Hahaha. Kalau tau baik dinner kat hotel je harga lebih kurang je tengok harga menu kat bilik. Kat restoran ni kami makan rm57 kot kalau tak silap.


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor

Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor


Hari kedua selepas sarapan di hotel sempat la jalan kaki ke Pantai Pasir Bogak ni bersebelahan je dengan Coral Bay Resort. Cantik pantainya bersih je. Sempat la anak-anak mandi pantai kejap sebelum check out.


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Jalan-jalan Pulau Pangkor Sebelum Balik


Kami check out awal 10 pagi macam tu. Sempat la singgah jalan-jalan, beli periuk dulu. Singgah bergambar tepi pantai je. View cantik rugi tak ambil gambar. Nanti entah bila lagi ada peluang nak ke sini.

Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor


Pulau Pangkor

Restoran RR di Jeti Lumut

Pulau Pangkor

Sampai jeti pun awap so kami decide lunch dulu la. Kami makan di Restoran RR pulak betul-betul tepi je jeti. Banyak juga pilihan lauk nasi campur. Total kami makan rm33. So far makan kat Pangkor ni takdela mahal sangat.

Naik Feri Balik ke Jeti Marina

Pulau Pangkor


Dah taktau nak jalan mana. Shopping pun dah penuh beg. Sampaikan Cie beli backpack baru la. Hahaha. Kami pun maduk kat ruang menunggu. Lambat lagi feri kami. Orang memang ramai. Melangut jela menunggu duduk tepi longkang je takde kerusi dah.

Dengar staf feri tu duk jerit-jerit feri kosong lagi try suruh husband tanya. Rupanya boleh je naik kalau ada kosong tak kira waktu feri sebenar. Kami pun apa lagi laju jela masuk.

Masa nak masuk dalam tu kena lalu kastam dulu. Tapi rezeki kami kot mereka tak check apa pun. Padahal besar jugak set pinggan tu siap beli troli la. Pegawai kastam tu pandang je kami lalu.

Risau juga kot kena bayar cukai. Masa lepas check out hotel ada la borak dengan staf hotel. Katanya kena cukai kalau beli pinggan mangkuk dan check in semalam je. Kalau 2 malam tak kena. Takpela kalau kena bayar pun harga pinggan tu still murah dari harga biasa.

Tawakal jela lalu. Alhamdulillah tak kena pun. Kami beli 1 set je pinggan. Yang lain tu coklat je banyak. Periuk belanga tak beli pun. Susah nak bawak naik feri. Mujur la set pinggan tu staf feri tolong angkat bawa naik feri. Kalau tak jenuh la husband nak angkat. Masa dah sampai jeti pun staf feri dah bawak turun siap-siap dah. Nasib la selamat pinggan mangkuk tak pecah.

Next entry nanti la Cie share apa benda yang Cie shopping kat sana dan kedai pinggan mangkuk mana yang murah.

Tamat percutian 2 hari 1 malam di Pulau Pangkor. InsyaAllah ada rezeki kita plan lagi bercuti di Pulau Pangkor.

2 ulasan: