Sepatutnya post ni Cie post semalam 10 September on the spot masa lunch. Tapinya tak boleh nak upload gambar. Baru hari ni boleh. Ingatkan masalah line ke apa. Mujur la post lain Cie dah schedule setiap hari.
Buka reading list nak blogwalking semua jadi 1 day ago, 2 day ago. Pelik jugak takkan la kawan-kawan blogger yang rajin up post blog pun langsung takde entri baru. Rupanya kena masuk blog mereka baru nampak post terkini yang Cie belum komen, ada 2-3 post baru mereka.
Entahla apa masalah blogspot ni ek. Berturut-turut ada masalah. Hari tu hilangkan blog kami, lepas tu tak boleh komen. Kali ni masalah lagi. Kalau nak upgrade apa-apa feature baru ke apa takpela. Jangan ditamatkan sudah la sayang blog ni.
Ok la kita sambung cerita semalam ni tapi kena ubah la ayatnya ni memandangkan dah boleh upload gambar dah ni. Edit semula ayat dan masukkan gambar.
Sekali nak beli makanan lunch untuk semalam 10 September. Konon nak guna point yang akan expired 12 September ada 300points dalam RM3 jugak.
Scan member je, point lupa nak guna. Dah keluar dari 7E baru teringat. Tingggg terus idea muncul nak singgah beli sarapan pagi semalam. Memang dah lama tak singgah 7E pagi-pagi.
So pagi semalam singgah la beli curry puff seketul dan pau seketul. Total RM5.80 sepenuhnya guna point. Tak guna duit pun. Berbaloi la membeli kat 7E ni boleh kumpul point dan redeem.
Cie dapat free stokin jugak minggu lepas tapi belum share entri lagi. Tak sempat banyak betul cerita sekarang ni. So kena beratur dulu dalam draft.
Begitulah kisah menu sarapan dan makan tengahari hari semalam dari 7E Cafe. Balik kerja waktu lunch panaskan je. Faiz sampai rumah dulu dia yang panaskan. Boleh pulak dia panaskan asing. 2x masukkan dalam oven. Padahal muat je semua tu.
Cie makan wrap, Faiz dan kakak Raisha burger, adik Rania sandwich. Curry puff Cie makan dah pagi kat office, pau makan balik rumah.
Harapnya blogspot tak buat hal dah ye. Bagi la kami guna platform blogspot ni untuk berkongsi suka duka kami.





4 Ulasan
Masih berlarutan masalah bloglist tak update ni. Tapi kita chill je la Cie kan, apa boleh pun :(
BalasPadamSkrg senang nak makan burger CP, dah ada dekat 7e.
Karipap tu nampak penuh intinya ye. Sedap tu...
Harap blogspot kembali pulih dan kekal sampai bila-bila... tanpa blog sepi hidup.. nampak sedap dan rangup karipap tu :)
BalasPadamGeram kan dengan blogspot...macam akak memang x boleh upload gambar..dah 3-4 minggu dah...nak masukkan gambar kena masukkan dari google photo...menyampah betul
BalasPadamOh tak boleh upload gambar ye. Tak perasan pulak sebab tgh merajuk n3 kita tak up dalam list. Bengang pun kena sabar asalkan tak hilang. Naya oooo bertahun tu kita tulis. Rindu plak burger 7e ni
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.