Redeem Complimentary Drink Zus

Masa Cie naik rank ke Zus Elite dalam Zus Coffee Club tu Cie entitled complimentary drink, kiranya air free la Cie boleh redeem. 25 Ogos yang lepas Cie ajak la Faiz singgah kejap. Bawak tumbler siap-siap. Redeem jugak voucher lain-lain. 


Faiz dan anak-anak pun nak jugak menyelit order. Maka nya order jela untuk semua sekali. Boleh guna voucher yang ada dapat la diskaun RM11.32 termasuk la 10% guna tumbler tu. 




  1. Iced Jasmine Lemon Tea RM10.20 - adik Rania
  2. Iced Finally Pistachio Chocolate RM14.90- kakak Raisha
  3. Iced Shaken Double Espresso + Velvet Creme RM12.08- Cie
  4. Iced Spanish Latte RM11.20 - Faiz
Iced Finally Pistachio Chocolate

Iced Jasmine Lemon Tea

Iced Spanish Latte

Iced Shaken Double Espresso

Macam biasa la anak-anak memang tak habis minum. Tapi sibuk nak order jugak. Maka nya Cie la tukang habiskan. Masuk dalam freezer, keesokan hari Cie kena habiskan. 

Iced Jasmine Lemon Tea tu macam makan bunga. Ada jelly dalam tu. Tak sedap ditekaknya tu yang adik Rania minum tak habis. Cie minum jela sebab dah beli kan. Kalau suka jasmine tea ok je rasanya tu. 

Iced Finally Pistachio Chocolate buat peminat pistachio memang sedap la. Ni pun kakak Raisha tak habiskan. Kisahnya dia letak dalan freezer lepas tu balik kampung. Dah beku dia taknak minum dah. Ibu la kena habiskan. 

Cie punya Iced Shaken Double Espresso tu add on velvet creme memang sedap. Tapi kena request less sweet. Kalau idok manis sangat nanti. Dah jadi favourite Cie dah ni. FOMO kat Threads la ni ada orang suggest. 

Faiz sekarang dah suka Zus jugak dah. Selalu suruh Cie order. Dulu Cie suka Iced Spanish Latte, sekarang dah jadi favourite Faiz. Faiz nak less sweet jugak. 

Selesai redeem complimentary drink sebelum expired 30 Ogos hari tu. 




Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Ammi kalau apa-apa air yang ada jasmine flavour memang tak akan beli sebab tak suka bau dia...wangi tapi entahlah tak suka.

    Ammi ni pun boleh redeem cake untuk birthday. Kena tunggu kyralah nampaknya sebab kat rumah ni sapa jelah yang suka dengan kek selain dia...ammi takat makan sikit bolelah

    BalasPadam
  2. belum pernah lagi merasa ZUS ni..

    BalasPadam
  3. Wahhh..Tahniah dh naik pangkat ...=D

    BalasPadam
  4. Best tu naik pangkat dapat redeem dan ada diskaun lagi. Kita ni Zus kurang sikit. Comel pulak cup holder mamee monster.

    BalasPadam
  5. yg FOC tu memang syok lah!! MZ akan bebel2 kat my boys kalau order then tak abih minum hahahha

    BalasPadam
  6. Rupanya kat Zus boleh oder macam2 perisa ek? Anak2 selalu kata ada 3 jenis je.. kita pon ikut la, amik yang biasa2 je. Kena prank rupanya selama ini.. kita ni dahlah tak suka belek menu, apps pon tak install

    BalasPadam
  7. Dah naik pangkat dah, tahniah Cie hehe...
    Kalau rasa pelik2 mcm rasa bunga tu, budak2 tak sukalah kan

    BalasPadam
  8. tahniahh cie
    hari tu beday try redeem jga
    tapi anak dara tu yg bedal he hee

    BalasPadam
  9. org lelaki mcm sy ni suka iced spanish latte gitew!

    BalasPadam
  10. Bagus juga Redeem sebelum expired. Kak cie rajin cek masa exp coupon begini. Saya selalu lupa 😂😂. Jadi seringnya banyak yg expired

    Anak2 nih sering lah kan, dah beli tak habis. Saya pun biasanya akan memastikan mereka harus habiskan kalau mau beli. Sebab kalau saya memang tak akan bantu habiskan , Krn manis. 😅.

    Pistachio chocolate tuh pasti sedap. Biasanya kalau ada pistachio minuman apapun jadi lebih enak 👍

    BalasPadam
  11. jasmine tea mmg tk minat..spanish latte suka

    BalasPadam
  12. Tengahari tadi baru singgah... ambil Spanish Latte less sugar. Masuk ZUS itu je lah yang akk order🤭

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.