Faiz dan anak-anak pun nak jugak menyelit order. Maka nya order jela untuk semua sekali. Boleh guna voucher yang ada dapat la diskaun RM11.32 termasuk la 10% guna tumbler tu.
- Iced Jasmine Lemon Tea RM10.20 - adik Rania
- Iced Finally Pistachio Chocolate RM14.90- kakak Raisha
- Iced Shaken Double Espresso + Velvet Creme RM12.08- Cie
- Iced Spanish Latte RM11.20 - Faiz
![]() |
| Iced Finally Pistachio Chocolate |
![]() |
| Iced Jasmine Lemon Tea |
![]() |
| Iced Spanish Latte |
![]() |
| Iced Shaken Double Espresso |
Macam biasa la anak-anak memang tak habis minum. Tapi sibuk nak order jugak. Maka nya Cie la tukang habiskan. Masuk dalam freezer, keesokan hari Cie kena habiskan.
Iced Jasmine Lemon Tea tu macam makan bunga. Ada jelly dalam tu. Tak sedap ditekaknya tu yang adik Rania minum tak habis. Cie minum jela sebab dah beli kan. Kalau suka jasmine tea ok je rasanya tu.
Iced Finally Pistachio Chocolate buat peminat pistachio memang sedap la. Ni pun kakak Raisha tak habiskan. Kisahnya dia letak dalan freezer lepas tu balik kampung. Dah beku dia taknak minum dah. Ibu la kena habiskan.
Cie punya Iced Shaken Double Espresso tu add on velvet creme memang sedap. Tapi kena request less sweet. Kalau idok manis sangat nanti. Dah jadi favourite Cie dah ni. FOMO kat Threads la ni ada orang suggest.
Faiz sekarang dah suka Zus jugak dah. Selalu suruh Cie order. Dulu Cie suka Iced Spanish Latte, sekarang dah jadi favourite Faiz. Faiz nak less sweet jugak.
Selesai redeem complimentary drink sebelum expired 30 Ogos hari tu.









12 Ulasan
Ammi kalau apa-apa air yang ada jasmine flavour memang tak akan beli sebab tak suka bau dia...wangi tapi entahlah tak suka.
BalasPadamAmmi ni pun boleh redeem cake untuk birthday. Kena tunggu kyralah nampaknya sebab kat rumah ni sapa jelah yang suka dengan kek selain dia...ammi takat makan sikit bolelah
belum pernah lagi merasa ZUS ni..
BalasPadamWahhh..Tahniah dh naik pangkat ...=D
BalasPadamBest tu naik pangkat dapat redeem dan ada diskaun lagi. Kita ni Zus kurang sikit. Comel pulak cup holder mamee monster.
BalasPadamyg FOC tu memang syok lah!! MZ akan bebel2 kat my boys kalau order then tak abih minum hahahha
BalasPadamRupanya kat Zus boleh oder macam2 perisa ek? Anak2 selalu kata ada 3 jenis je.. kita pon ikut la, amik yang biasa2 je. Kena prank rupanya selama ini.. kita ni dahlah tak suka belek menu, apps pon tak install
BalasPadamDah naik pangkat dah, tahniah Cie hehe...
BalasPadamKalau rasa pelik2 mcm rasa bunga tu, budak2 tak sukalah kan
tahniahh cie
BalasPadamhari tu beday try redeem jga
tapi anak dara tu yg bedal he hee
org lelaki mcm sy ni suka iced spanish latte gitew!
BalasPadamBagus juga Redeem sebelum expired. Kak cie rajin cek masa exp coupon begini. Saya selalu lupa 😂😂. Jadi seringnya banyak yg expired
BalasPadamAnak2 nih sering lah kan, dah beli tak habis. Saya pun biasanya akan memastikan mereka harus habiskan kalau mau beli. Sebab kalau saya memang tak akan bantu habiskan , Krn manis. 😅.
Pistachio chocolate tuh pasti sedap. Biasanya kalau ada pistachio minuman apapun jadi lebih enak 👍
jasmine tea mmg tk minat..spanish latte suka
BalasPadamTengahari tadi baru singgah... ambil Spanish Latte less sugar. Masuk ZUS itu je lah yang akk order🤭
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.