Menu Dinner 8 Oktober - 16 Oktober 2026

Setiap minggu blog post Cie share menu dinner Cie setiap hari. Ada masa Cie masak, ada masa makan kat kedai atau tapau je. Takdela sentiasa rajin. Untuk kali ni Cie share menu dinner 8 Oktober hingga 16 Oktober 2026.



8 Oktober 2026

Masa ni Cie tak masak. Kami 3 beranak je Faiz takde. Cie beli kat kedai je. Nasi ayam goreng kakak Raisha, nasi goreng udang adik Rania, mi goreng mamak untuk Cie. Cie tambah keropok lekor goreng. 


Kali ni macam tak sedap la pulak makanan kat kedai tu. Kakak Raisha cakap nasi goreng ayam dia tak sedap, memang tak habis dia makan. Adik Rania je cakap nasi dia sedap. Mi goreng mamak Cie tu macam mi goreng biasa je. Keropok pun macam liat. 

9 Oktober 2026

Dinner 9 Oktober Cie makan kat luar. Cie share kat post lain. 

10 Oktober 2026

10 Oktober pun tak masak. Berderet ye 3 hari tak masak. Tu la Cie cakap bukan setiap hari Cie masak. Cie cakap kat Faiz beli sate jela taknak makan nasi. 


Macam biasa la sate pencawang Tempoyang la menjadi kegemaran kami. Tak habis pun ada beberapa batang simpan dalam fridge dan esoknya tu Cie panaskan je. 

11 Oktober 2026

Dah beberapa hari tak masak, kena la masak pulak. Bosan dah makan menu kedai. Cie masak ikan cencaru bakar dan kicap bawang, tomato, cili padi. Perah limau sikit. 


Adik Rania tak makan sangat ikan jadinya Cie masak la sup ayam sikit. Sayur kangkung goreng, ulam timun dan sambal tempoyak. 

Mangga dan jambu batu tu Cie makan dengan kuah rojak Kak Zaidah. Memang sedap. 


12 Oktober 2026

Cie masak gulai ayam guna rempah cap Rose pemberian rakan blogger. Sejak guna rempah tu Cie rasa lagi sedap dari rempah kari lain. 


Cie buat juga celup-celup tepung ada bayam, cendawan tiram dan tempe. Habiskan sebiji telur masin Cie rebus je. Sambal belacan limau kasturi pun ada. 

13 Oktober 2026

Balik kerja petang tu anak-anak cakap takde elektrik. Cie masak nasi kukus je. Sempat la masak sebelum hari makin gelap. 

Berselang seli menu ayam dan ikan. Ikan bawal bakar, ada kicap bawang cili padi. Punya la malas nak goreng, bakar jela senang.


Cie tambah telur dadar juga bagi meriah sikit menu dinner. Sayur pulak Cie buat sayur campur kobis panjang, bayam dan cendawan tiram goreng. 

14 Oktober 2026

Masa buat ayam gulai tu ada left over kuah, Faiz simpan dalam freezer. Cie rebuskan telur dan masa panaskan kuah tu Cie letak je telur rebus. 


Ayam goreng berempah serai. Cie perap beberapa jam dengan bahan blend ada bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Serai kena letak banyak. Bahan lain Cie letak telur, tepung jagung, serbuk cili dan bahan perasa. Lepas tu goreng jela. 

Bendi celur, timun dan sambal belacan. 

15 Oktober 2026

Cie masak ayam goreng sos dan telur mata kicap bawang. Bila takde idea hentam jela menu apa pun. Asalkan ada 2 jenis protein. 


Sayur senang je timun dan sambal tempoyak. Penyelamat kalau malas nak masak sayur memang sentiasa ada timun. 

16 Oktober 2026

Semakin hujung-hujung semakin takde idea nak masak apa. Nak masak tomyam, perencah dah habis. Jadi la tomyam putih je. Lupa letak daun ketumbar. Patut rasa tak lengkap je rasa tomyam. 


Kalau ada tomyam, kena la ada telur dadar. Sayur timun je. Sambal takde sebab dah malas. Ada buah jambu dan mangga asam boi. 

Ni jela Cie boleh share menu dinner 8 Oktober hingga 16 Oktober 2026. Nanti Cie share lagi ye. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.