Makan Tengahari & Minum Petang Di Rumah Kak Ngah

Seharian kat rumah Kak Ngah hari ni. Hujung minggu rutin kami kalau Faiz ke kebun laju je kami 3 beranak luncur ke kampung. Dekat je 20-25 minit ikut keadaan kenderaan banyak ke tak. Pagi tadi lancar je tak banyak kereta hala ke Kelantan. 

Menu makan tengahari Kak Ngah masak menu sama je dengan minggu lepas. Ayam masak lemak dan kangkung goreng. Cuma yang beza ada ikan rebus goreng, ikan talang goreng dan sambal belimbing rebus. 


Kak Ngah masak sorang je tadi, Cie tolong potong kangkung je. Cie duk sibuk dengan cucu je. Bagi susu, tidurkan cucu. Semakin kurang tidur la dah sebulan lebih ni umurnya. Dah pandai nak borak bila kita agah tu. 

Sekejap je masa berlalu dah sebulan lebih usia cucu Cie ni. Yang belum tau cucu Cie ni adalah anak kepada anak saudara Cie. Kira cucu saudara la. Cucu Kak Ngah Cie. 

Nak habis cuti bersalin nanti baru la balik ke Johor. Rindu la nanti hampir setiap minggu kami balik kampung jenguk baby. Ayah baby pun ada balik tadi sebulan tak jumpa anaknya. Lepas lahir hari tu dia balik Johor lepas tu busy kerja tak sempat nak balik. Setiap hari video call anaknya.

Seharian perjalanan la dari Johor ke Lipis. Teringat dulu Cie belajar kat Pasir Gudang. Kalau naik train tengah malam dari Lipis, sampai JB pagi. Naik la bas pulak balik ke Pasir Gudang. Dari Pasir Gudang naik teksi atau prebet sapu ke Politeknik kat Jalan Kong Kong. Dulu takde grab. Prebet sapu je namanya zaman dulu. 

Kalau naik bas pulak dari Pasir Gudang ke KL, dari KL ke Lipis pulak. Kira 2 bas la baru sampai kampung. Begitulah dulu mencari ilmu kemain jauh. 

Ayah baby tu menantu Kak Ngah. Anak buah Cie yang perempuan. Kira anak pertama mereka la ni. Menikah 2024, 2026 baru dikurniakan zuriat. 

Dia sampai tadi siap beli Tealive untuk sepupunya dan beli pizza. Makciknya pun minum petang makan pizza. Tealive tu tadi Cie taknak so beli untuk kakak dan adik jela. Tu pun kakak punya tak habis, Cie la habiskan. 



Borak punya borak mengadap cucu sampai tak sedar dah 6.40pm. Cepat-cepat gerak balik. Separuh perjalanan hujan kemain lebat, silau lampu kenderaan lain. Cie tawakal je drive dalam keadaan hujan lebat. Banyak-banyak berdoa je tadi. Dah nak sampai rumah baru la hujan stop. Alhamdulillah selamat sampai 7.05pm.


Sampai rumah azan Maghrib berkumandang. Dinner off kitchen, dah request kat Faiz beli sate je untuk dinner. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.