Dinner 30 Oktober 2026 Di Kebun Cafe Taman Lipis

Hari Jumaat ada masa malas nak masak. So Jumaat 30 Oktober yang lepas Cie umumkan kitchen ditutup. Anak-anak nak makan nasi goreng ayam Alamanda, Faiz cakap tutup. Cie tanya la Kebun Cafe buka ke tak. Dia cakap buka. Nak try menu baru kat Kebun Cafe. 


Sebelum ni Kebun Cafe ada menu burger, nasi lemak dan indomie. Kalau masih ingat Cie selalu order burger petak tu. Mereka guna roti putih biasa tu je salut telur. Kreatif la idea owner. Sekarang mereka dah ada menu baru. 


Antara menu yang kami order:
  1. Faiz: nasi goreng cili padi, telur mata dan air suam
  2. Cie: kuetiau goreng kerang dan nescafe o ais. 
  3. Kakak Raisha: nasi goreng biasa, telur mata dan teh o ais. 
  4. Adik Rania: indomie double, telur mata dan teh o ais. 
  5. Tambah 2 ketul ayam goreng. 
Kuetiau kerang Cie tu dah ada sekali telur mata so tak perlu add on dah. 







Kami keluar tu selepas Maghrib. Serik dah keluar lepas Isyak ramai orang dan terpaksa tunggu lama. Overall ok la rasa masakan panas tu. Boleh la repeat lagi lepas ni. 

Masa makan tu owner kedai datang borak kat meja kami. Dia memang kenal Faiz. Faiz dan geng dia selalu lepas situ. Owner tu cakap dia dalam proses nak cantikkan lagi kedai dia, nak luaskan lagi kawasan. Dia pun baru ambil pekerja baru 2 orang untuk masakan panas. 

Lepas makan terus balik rumah. Keluar semata-mata nak makan je. 


Catat Ulasan

0 Ulasan