Bahan-bahan Ayam Goreng Berlado Petai
Ayam
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk perasa
Cili padi merah dan hijau
Cili besar merah dan hijau
Bawang besar
Bawang putih
Serai
Asam jawa (pes)
Petai
Minyak
Cara Membuat Ayam Goreng Berlado Petai
- Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.
- Blend kering cili padi, cili besar, bawang besar, bawang putih. Serai dititik.
- Guna minyak sama goreng ayam tadi cuma kurangkan kuantiti.
- Tumiskan bahan kisar dan serai. Masukkan air sikit nak bagi cili betul-betul masak. Sambung tumis sampai kering sikit.
- Masukkan pes asam jawa, petai dan bahan perasa. Kacau.
- Masukkan ayam dan kacau hingga sebati. Siap.
Bahan mudah je takdela yang lain cuma Cie letak petai je jadi la ayam berlado petai. Makan dengan nasi panas, telur dadar dan ulam timun memang sedap sangat dah ni. Selamat mencuba ye.


0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.