Resipi Ayam Goreng Berlado Petai

Lama dah masak ayam goreng berlado petai ni cuma lupa nak share resipi je. Sedap tu yang Cie nak share. Nak buat pun senang je. Sukatan boleh agak-agak jela ye. Cie bagi bahan je. 


Bahan-bahan Ayam Goreng Berlado Petai

Ayam
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk perasa
Cili padi merah dan hijau
Cili besar merah dan hijau
Bawang besar
Bawang putih
Serai
Asam jawa (pes) 
Petai
Minyak

Cara Membuat Ayam Goreng Berlado Petai

  1. Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit. 
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. 
  3. Blend kering cili padi, cili besar, bawang besar, bawang putih. Serai dititik. 
  4. Guna minyak sama goreng ayam tadi cuma kurangkan kuantiti. 
  5. Tumiskan bahan kisar dan serai. Masukkan air sikit nak bagi cili betul-betul masak. Sambung tumis sampai kering sikit. 
  6. Masukkan pes asam jawa, petai dan bahan perasa. Kacau. 
  7. Masukkan ayam dan kacau hingga sebati. Siap. 
Bahan mudah je takdela yang lain cuma Cie letak petai je jadi la ayam berlado petai. Makan dengan nasi panas, telur dadar dan ulam timun memang sedap sangat dah ni. Selamat mencuba ye. 



Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Terliur tgk petai🤭
    Sejakk berusia gemar mkn petai la kita
    Tp sekali sekala
    Bila jumpa
    Bagus jga Kelainan menu cie ayam berlado + petai buat tambah selera

    BalasPadam
  2. Wahhhh makan lauk ni saja dengan nasi putih pun mengundang tambah nasi ni.

    BalasPadam
  3. Sedapnya masak balado tambah petai. Tapi kat rumah ni saya sorang je makan petai hmm.

    BalasPadam
  4. Wow..Thx fro sharing.Bleh buat jadi lauk weekend ni =)

    BalasPadam
  5. Saya tak berapa makan petai dan belacan. Dua barang ni memang takde stok kat rumah. Tapi tengok orang masak macam sedap je..

    BalasPadam
  6. Sedap ni Cie... 1 lauk ni pun dah cukup dah

    BalasPadam
  7. lauk paling kerap ammi masak kat rumah sebab ini yg selalu anak2 dan suami request...takde petai pun tetap nak balado

    BalasPadam
  8. Blog ke dua akak tgok ada petai petang ni..dapnyaaa

    BalasPadam
  9. Ini memang menu bertambah nasi ni...
    sodappp!jemput join segmen blog nieyl jom..

    BalasPadam
  10. Sedap ayam berlado tp petai xmakan..

    BalasPadam
  11. Mkn dengan nasi panas, memang sedap lah

    BalasPadam
  12. Ok catat dulu. Ayam masih banyak di freezer. Petai je tak ada 😄. Harus cari dulu. Saya memang sukaaa menu balado begini kak. Mau pakai lauk ayam, atau daging, sama sedaap

    BalasPadam
  13. Nak kena cari petai lah kalau gini😅

    BalasPadam
  14. thanks share resipi! bahan2 dia simple rupanya :D

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.