Beli Combo Moccona No. 8 & No. 10 di Shopee

Baru ni stok Moccona No. 10 Cie dah tinggal sikit. Cie pun mula nak restock la lagi Moccona tu dan nak ambil sekali Moccona No. 8 Dark Roast Classic. Kebetulan survey kat Shopee ada jualan combo Moccona No. 8 dan No. 10.


Jadi memang elok juga Cie cuba No. 8 sekali. No. 10 pula memang dah pernah beli dan minum sebelum ini.

Untuk No. 10, Cie tak perlu fikir panjang sangat. Bila dah tahu rasa yang kita suka, memang senang nak buat keputusan untuk beli semula.

Moccona No. 10 mempunyai rasa kopi yang lebih kuat dan bold. Cie memang suka kopi yang rasa kopinya masih rasa selepas dibancuh, terutama kalau diminum panas atau dibuat kopi ais.

Jadi apabila nampak combo dengan No. 8, Cie terus ambil. No. 10 untuk repeat stok kopi yang memang dah biasa Cie minum, manakala No. 8 pula kira macam sesi mencuba sesuatu yang baru.

Tertanya-tanya juga apa bezanya No. 8 dengan No. 10. Nombor pada setiap jenis Moccona tu bukan sekadar nombor biasa kerana ia menggambarkan tahap intensiti kopi.

No. 8 dikategorikan sebagai dark roast dengan rasa yang kaya dan penuh. Walaupun masih mempunyai karakter kopi yang kuat, rasanya dikatakan lebih seimbang berbanding No. 10 yang lebih intense.

Sebab itulah Cie ambil kesempatan beli combo ini. Bila parcel sampai, memang seronok juga tengok dua balang Moccona dengan nombor yang berbeza.

Moccona No. 10 kopi yang Cie dah pernah beli dan memang repeat.

Moccona No. 8 Dark Roast Classic kopi baru yang Cie beli sebab nak cuba.

Cie rasa pembelian macam ni lebih menarik daripada membeli satu jenis kopi sahaja. Sekurang-kurangnya ada pilihan. Kalau hari tu nak kopi yang lebih kuat dan bold, boleh ambil No. 10. Kalau nak cuba rasa yang sedikit berbeza, boleh bancuh No. 8 pula.

Lagipun kopi ni antara minuman yang Cie memang suka ada di rumah. Tak semestinya setiap kali bancuh kena rasa sama. Kadang-kadang seronok juga tukar-tukar jenis kopi mengikut mood.

Untuk No. 8 ini, Cie memang nak cuba sendiri dan tengok sama ada ia boleh jadi salah satu kopi yang akan Cie repeat selepas ini ataupun tidak.

Setakat ini, keputusan membeli combo Moccona No. 8 dan No. 10 di Shopee memang berbaloi untuk Cie sebab dapat stok kopi yang memang Cie suka, sambil berpeluang mencuba satu lagi jenis yang sebelum ini belum pernah Cie beli.

Kalau korang nak beli juga yang combo ni boleh beli dari seller JDE World Of Coffee. 


Catat Ulasan

0 Ulasan