Blog Cie bakal mencapai satu lagi pencapaian istimewa iaitu 3 juta pageviews. Walaupun tak sepantas blog lain tapi ok la pencapaian untuk diri sendiri.
- Capai 1 juta tahun 2021 masa ni dah mula on off berblog.
- Capai 2 juta Februari 2026 masa ni dah start aktif semula berblog.
Cie start blogging dah lama tahun 2011. Masa tu saja suka-suka taktau sangat pun pageview ni. Sepanjang dari 2011 hingga 2021 tu Cie banyak buat blog pasal produk Shaklee, masa masih bisnes tu la. Lepas tu macam tak fokus sangat blog. Hingga la capai 1 juta pageview 2021 tu pun tengok blogger lain duk cakap pasal pv baru la tau.
Februari 2026 hari tu dah berjaya capture moment 2,000,000 dan pemenangnya ialah cikcappuccinolatte (CPL yang berjaya screenshot.
Sempena meraikan pencapaian ini, Cie ingin menganjurkan contest screenshot 3 juta pageview pulak untuk pembaca blog. Siapa yang paling pantas berjaya mendapatkan screenshot angka yang ditetapkan, dialah yang berpeluang membawa menerima hadiah.
Syarat Penyertaan
- Terbuka kepada semua yang mengikuti (follow) blog Cie.
- Pantau jumlah pageviews di blog www.roziahmuhammadnor.com.
- Apabila jumlah pageviews mencapai angka antara 3,000,000 hingga 3,000,010, ambil screenshot sebagai bukti.
- Hantar screenshot tersebut ke WhatsApp Cie (klik).
- Pemenang ditentukan berdasarkan screenshot dengan angka yang paling pantas.
Penentuan Pemenang
Peserta yang paling awal menghantar screenshot dengan angka dalam julat yang ditetapkan akan dipilih sebagai pemenang.
Selamat mencuba dan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong blog Cie!
Siapa agaknya yang bakal menjadi pemenang untuk contest 3 juta pageviews kali ini?


1 Ulasan
tk lama dh nk ceach 3 juta tu
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.