Pukul 10 lebih baru keluar rumah. Masing-masing membelai mata lepas subuh. Cie je tak membelai mata. Duk scroll threads baca gosip macam-macam ek.
Anak-anak dah plan nak bersarapan di Kedai Makan Kuzah. Tu yang keluar lambat sikit. Biasa bakso kat situ lambat baru ada.
Pagi ni ke sini sebab anak-anak nak minum teh float dan kakak Raisha nak makan bakso. Selalunya kalau ke sini memang Cie order bakso la. Dulu-dulu kakak Raisha tak pandai makan bakso, sekarang dah pandai. Sama je rasa mi sup tu cuma ada bebola, kicapdan sambal je.
Teh float pun memang best seller di sini. Anak-anak Cie memang suka. Masa kecik dulu share je, bila dah besar ni kena order segelas sorang. Cie order bandung float pulak kali ni, anak-anak je order teh float.
Kakak Raisha nak bakso bihun, Cie dan adik Rania order bakso mi. Faiz order nasi kerabu daging tambah solok lada. Bila sampai order katanya daging takde ganti ayam. Nasi kerabu sampai dulu, bakso lambat sikit.
Restoran Kuzah ni sentiasa full house. Kedainya sebelah dengan stesen keretapi memang jadi tumpuan orang yang naik keretapi. Kadang-kadang ada juga geng rider yang singgah makan. Memang viral la.
Kedainya ada 2 cawangan. 1 lagi di Bandar Baru. Kat situ pun selalu ramai je. Tapi macam ramai lebih suka yang kat stesen keretapi bandar lama ni.
Bab rasa memasing ada citarasa tersendiri kan. Selera setiap orang berbeza. Nak tau sedap ke tak boleh la rasai sendiri.
Lepas makan mata mula mengantuk. Food coma agaknya ni terlebih kenyang. Entahla kenapa daku order bandung float tadi. Dah la bersusu dan ada aiskrim. Mula la rasa malas nak berjalan pergi beli barang dapur.








0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.