Dinner 27 September 2026: Homemade Shellout

Lama rasanya tak buat shellout. Masa beli barang dapur terus beli bahan shellout. Cie buat shellout 27 September yang lepas. 2 jenis shellout yang sambal dan buttermilk. Buat sendiri puas hati la makan. 




Anak-anak nak feel macam makan kat kedai. Gigih la Cie cari apa yang boleh dibentangkan atas meja. Mulanya Cie nak guna baking paper tapinya sikit je tak cukup. 

Plastik yang ada pun size 6x9 tu je Cie gunting jela dan cantumkan. Asalkan boleh tuang shell out tu atas meja. Next time la beli plastik yang besar tu. 


Shellout versi pedas Cie guna cili kering blend dengan bawang besar dan bawang putih. Tumis je macam kita buat sambal tumis tu. Letak la bawang holland dan serai juga. Cie masukkan brokoli dan bunga kobis. 


Shellout versi buttermilk pulak Cie cincang je bawang putih dan bawang holland. Tumis bawang dan butter je dulu lepas tu masukkan susu cair dan bahan perasa. Sayuran brokoli dan bunga kobis. Nak pekatkan boleh letak bancuhan tepung gandum. 

Seafood yang Cie guna udang, sotong, lala, kerang. Cie beli kerang yang dah siap kopek tu. Senang kerja. 

Simple je tapi sedap. Anak-anak suruh repeat buat lagi. Buttermilk shellout tu baru pertama kali Cie buat. Alhamdulillah menjadi dan sedap. 

Masa tu ada kuah lebih Faiz cicah roti je. Terlupa nak beli mantou masa tu. Kalau tak boleh cicah buttermilk. 

Ada masa nanti boleh buat lagi. Nak kena beli plastik la pulak lepas ni senang nak bentang atas meja baru la feel macam makan di kedai. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Puas hati ek buat sendiri. seronok makan reramai.

    BalasPadam
  2. Wah wah rajin cie... menjadi buttermilk tu..buat sndri mmg puas la kan haha pasni kena buat lg nmpk gaya nya... kot bole jamu tamu blogger plak 🤣😜

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.