Pemenang Top Komentator September 2026

Segmen Top Komentator Bulanan di blog ini diteruskan lagi untuk bulan September 2026. Tak sangka dah 13 bulan segmen ini berjalan sejak Ogos 2025 sebagai tanda penghargaan kepada rakan blogger yang rajin tinggalkan komen dan aktif berinteraksi setiap bulan.

Antara pemenang-pemenang sejak Ogos 2025:

Ogos 2025: Fanny & Nina
Sept 2025: Mama Zharfan
Okt 2025: Etuza
Nov 2025: Suria Amanda
Dis 2025: Cuya
Jan 2026: Cuya
Feb 2026: SiiNurul
Mac 2026: Cuya
April 2026: Fanny
Mei 2026: Mama Zharfan
Jun 2026: Rawiwa
Julai 2026: NA
Ogos 2026: Syaz Rahim

Seperti biasa, pemenang dipilih berdasarkan rekod dalam widget Top Komentator yang Cie screenshot pada hari terakhir bulan antara jam 8:00 malam – 11:59 malam. Masuk sahaja jam 12:00 tengah malam, widget tersebut akan auto-reset ke bulan baharu. Untuk bulan ni Cie screenshot pada pukul 8.35pm.


Pemenang Top Komentator September 2026

Dengan penuh penghargaan, pemenang bagi bulan September 2026 ialah

Blog: Pizzah

Tahniah kerana menjadi Top Komentator September 2026. Boleh WhatsApp Cie (klik) Cie untuk details postage. 



Syarat Pemilihan Pemenang

Mulai sekarang, Cie nak beri peluang kepada lebih ramai rakan blogger untuk menerima hadiah. Jadi, pemenang yang sudah pernah menang tidak akan dipilih semula selagi masih ada komentator lain yang belum pernah menang. Kalau ikutkan Mama Zharfan dan Rawiwa dah pernah menang. 

Sekiranya nama di tempat pertama sudah pernah menang, Cie akan pilih nama seterusnya yang mempunyai jumlah komen tertinggi dan belum pernah menerima hadiah. Begitulah seterusnya mengikut kedudukan dalam widget Top Komentator. Setiap tahun Cie akan reset senarai pemenang la. Sekiranya tahun 2026 dah pernah menang, tahun 2027 nanti masih berpeluang lagi. 

Jadi, walaupun bukan di tempat pertama, anda masih berpeluang menjadi pemenang. Yang penting, terus rajin dan konsisten tinggalkan komen di setiap posting Cie.


Top Komentator Bulan Akan Datang

Nak jadi pemenang bulan akan datang? Teruskan aktif memberikan komen di setiap posting Cie. Lagi aktif, lagi tinggi peluang untuk naik ke kedudukan teratas. Tapi jangan spam komen pulak ye. 

Kalau anda belum pernah menang, teruskan rajin komen. Mana tahu bulan depan rezeki anda pula.


Terima Kasih Atas Sokongan Anda

Terima kasih kepada semua pembaca dan rakan blogger yang terus menyokong blog ini sejak dulu. Setiap komen kalian sangat bermakna.

Nantikan pengumuman Top Komentator Bulan Oktober 2026 pula selepas ini!


Catat Ulasan

3 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.