Kursus Hari Pertama: 24 September 2026
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada Pegawai dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan berkenaan dengan Malaysian Standard versi baru yang betukar dari MS1480:2019 kepada MS1480:2025.
Kami ni adalah auditor yang dilantik untuk menjalankan audit dalaman secara cross audit la. Contohnya Hospital A, audit Hospital B, Hospital B audit Hospital C. Mengikut jadual yang ditetapkan la. Untuk tahun ni Cie audit Unit Sajian Hospital Jerantut.
Cie sampai 8 pagi terus bersarapan Mi Goreng pada 24 September tu. Urusetia sediakan air teh o tapi Cie tak ambil sebab dah bawak bekal Iced Americano.
Siap sarapan kursus pun bermula 9 pagi. Ada waktu rehat sekejap urusetia ada sediakan biskut tin pelbagai perisa. Boleh la ambil seberapa yang kita nak. Mulanya Cie taknak, kenyang je lagi tapi tengok macam menarik je biskut tu saja try. Sedap juga macam butter cookies.
On the way balik hari pertama tu la kami terserempak dengan mangsa accident dan driver kami bantu mangsa kemalangan.
Kursus Hari Kedua: 25 September 2026
Hari kedua pun Cie gerak 6 pagi jugak. Sampai HOSHAS 8 pagi terus bersarapan. Urusetia sediakan kuih muih, bihun goreng dan teh o.
Urusetia ada sediakan makan tengahari dan minum petang sekaligus. Nasi putih, ayam masak lemak dan sayur campur goreng. Minum petang rasanya mereka sediakan kek sandwich ke apa entah lupa dah. Cie tak ambil pun susah nak bawak naik kenderaan jabatan. Perjalanan 2 jam pulak tu. Lepas habis kursus terus gerak balik.
Makan minum sepanjang kursus ni kami bayar sendiri RM50. Boleh claim tapi Cie tak claim pun malas semata nak claim makan je.
Selesai kursus dengan ilmu baru dan tanggungjawab menanti. Nanti selesai kerja menimbun tu baru la mula mengadap manual untuk buat pindaan pulak.
















3 Ulasan
Selamat berkursus
BalasPadamWow bestnya pergi kursus pasal audit2 ni. Teringin nak pergi kursus2 macam ni. Tapi big boss kita jenis kedekut nak guna HRDF dia. Dia lagi sanggup biar burn macam tu jer dari hantar staff pergi kursus 🥹
BalasPadamSiap ada Kopiko lagi, memang lengkap bekalan mengunyah sepanjang kursus sambil menelaah Malaysian Standard
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.