30 September kena sediakan laporan stok suku tahun ketiga untuk Julai - September. Lepas tu bersambung pulak dengan awal bulan macam-macam kena buat. Bercampur pulak dengan dah nak masuk musim penutupan akaun, dengan duit peruntukan tak mencukupi kena mohon lagi. Begitulah hectic sangat minggu 28 September hingga la 2 Oktober.
Boleh la tarik nafas sekejap Sabtu Ahad ni sebelum bersambung 5 Oktober nanti nak mengadap kerja lagi. Hari ni plan nak balik kampung kejap je nak jumpa my cucu boy.
Faiz takde ke kebun dah janji dengan abangnya so awal pagi dah keluar rumah. Cie dan anak-anak sarapan bertiga jela pagi ni.
Cerita panjang lebar atas tu pasal kerja, ni baru masuk cerita sebenar kena dengan tajuk. Hahaha. Saja jela nak meluah kan.
Pagi ni masak menu instant je. Cie buat macaroni bakar dan goreng popia big mac. Popia tu kakak officemate Cie bagi. Katanya popia daging. Cie rasa macam popia bigmac tu. Lebih kurang la. Sedap jugak ada cheese, carrot.
Macaroni tu Cie rebus je. Gravy tu lebihan minggu bila entah Cie buat spageti tu. Ada lebihan gravy Cie frozen kan je. Siap rebus dah kering air terus je leburkan gravy tu. Panaskan sekejap, masuk dalam baking foil, letak cheese terus bakar je.
Siap bakar nak cabut la plug oven. Prakkk sekali patah pulak dah. Lama dah oven tu hadiah kahwin dari kawan sekolah Cie. Kiranya dah 15 tahun usia oven tu. Masih elok dan berguna. Plug tu nanti suruh Faiz tanya kawan dia.
Baru je minggu lepas duk tengok-tengok oven. Merajuk la pulak agaknya ni.




1 Ulasan
Sedapnya makaroni bakar tu.. gitulah resamnya bila dah lama. 15 tahun tu.. memang legend la ovennya. Merajuk sebab Cie tengok2 nak beli baru kut
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.