Sarapan Macaroni Bakar & Popia Daging

Selepas mengharungi minggu yang sangat hectic, tiba je weekend memang sangat bahagia. Hujung bulan dan awal bulan minggu yang sama memang bertambah-tambah to do list. 

30 September kena sediakan laporan stok suku tahun ketiga untuk Julai - September. Lepas tu bersambung pulak dengan awal bulan macam-macam kena buat. Bercampur pulak dengan dah nak masuk musim penutupan akaun, dengan duit peruntukan tak mencukupi kena mohon lagi. Begitulah hectic sangat minggu 28 September hingga la 2 Oktober. 

Boleh la tarik nafas sekejap Sabtu Ahad ni sebelum bersambung 5 Oktober nanti nak mengadap kerja lagi. Hari ni plan nak balik kampung kejap je nak jumpa my cucu boy. 

Faiz takde ke kebun dah janji dengan abangnya so awal pagi dah keluar rumah. Cie dan anak-anak sarapan bertiga jela pagi ni. 

Cerita panjang lebar atas tu pasal kerja, ni baru masuk cerita sebenar kena dengan tajuk. Hahaha. Saja jela nak meluah kan. 

Pagi ni masak menu instant je. Cie buat macaroni bakar dan goreng popia big mac. Popia tu kakak officemate Cie bagi. Katanya popia daging. Cie rasa macam popia bigmac tu. Lebih kurang la. Sedap jugak ada cheese, carrot. 


Macaroni tu Cie rebus je. Gravy tu lebihan minggu bila entah Cie buat spageti tu. Ada lebihan gravy Cie frozen kan je. Siap rebus dah kering air terus je leburkan gravy tu. Panaskan sekejap, masuk dalam baking foil, letak cheese terus bakar je. 

Siap bakar nak cabut la plug oven. Prakkk sekali patah pulak dah. Lama dah oven tu hadiah kahwin dari kawan sekolah Cie. Kiranya dah 15 tahun usia oven tu. Masih elok dan berguna. Plug tu nanti suruh Faiz tanya kawan dia. 



Baru je minggu lepas duk tengok-tengok oven. Merajuk la pulak agaknya ni. 


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Sedapnya makaroni bakar tu.. gitulah resamnya bila dah lama. 15 tahun tu.. memang legend la ovennya. Merajuk sebab Cie tengok2 nak beli baru kut

    BalasPadam
  2. Adeh, ingat kereta jer pandai merajuk, oven pun boleh merajuk rupanya. Sedapnya macaroni bakar, senang gravy dah ada, tinggal leburrrrr. Betullah tu, sesi luahan perasaan sebelum tajuk sebenar is wajib, hihi.

    BalasPadam
  3. Sedapnyaa... lama pulak tak masak makaroni, esok adik adik datang, ingat nak goreng laa makaroni

    BalasPadam
  4. Adeh merajuk pulak si oven tu... Boleh rasanya tukar kepala plug tu

    BalasPadam
  5. Kalau kepala plug je yang rosak boleh je ganti kepala dia asalkan oven tak rosak. Barangan Di dapur ni kadang macam tau2 je kita riki benda baru.

    BalasPadam
  6. Tukar kepala palam baru masih boleh guna. Hehe dah rapuh agaknya plastik kepala palam itu.

    BalasPadam
  7. Kerja gitulah ada masa² begitu hectic.
    Kami 2 minggu awal sibuk closing dan reporting. Semalam Sabtu kena masuk ofis juga huhu

    BalasPadam
  8. Sedap menu sarapan tu.Mujur dh siap masak baru jadi. La ni x bleh sebut nk tukar apa2..Kena syp2 je.Algoritma oven tu dgr apa cie ckp =D

    BalasPadam
  9. Dia bleh tau ye Cie tengah recee2 oven baru...

    BalasPadam
  10. Aiiiih drooling lihat macaroni bakar kakak. Teringin nak buat lah... Macaroni masih ada lagi 😍😍. Memang sukaa menu begini. Simple dan kenyang

    BalasPadam
  11. 15 tahun tu... dah boleh amik PT3 dah tu

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.