Balik Kampung 3 Oktober 2026

Pagi tadi selepas sarapan Cie gerak balik kampung. Kami 3 beranak je, Faiz ke kebun. Mulanya nak singgah Padang Tengku kat Salon Kak Nor tu rasa macam nak nipiskan rambut dan cuci. 

Cie sampai depan kedai 9.56am tak buka lagi. Tunggu la kejap kot dia buka selepas 10am. Dalam 5 minit tunggu tak buka juga. Malas dah nak tunggu. 

Terus gerak nampak orang jual buah singgah kejap beli. Cie tanya penjual tu buah apa katanya dokong RM10 2 kilo. RM5 sekilo. Kebetulan Cie bawak turun duit cash RM10 ada dalam kereta terus beli 2 kilo je. 1 kilo bagi Kak Ngah, 1 kilo lagi bawak balik. Manis jugak penjual tu bagi rasa. Katanya dari Kelate. 


Sampai rumah Kak Ngah cucu belum bangun tidur. Malam tadi dia berjaga, siang ngantuk la. Dia bangun je nangis nak susu. Bagi susu sebotol sambung tidur semula. Lepas tu baru la dia terjaga nak mandi. 

42 hari dah pandai senyum bila kita agah. Lama juga dia berjaga lepas mandi pagi tadi. Dah pandai senyum ni memang seronok la makcik berdua tu mengadap anak saudara. Kita takde baby boy, bila ada si kecik ni seronok la. Sementara dia tak balik Johor lagi. Awal bulan 11 nanti nak balik Johor dah. 

Tengahari tolong Kak Ngah masak lunch. Kak Ngah masak ayam masak lemak dan buat sambal belacan. Cie bagi resipi sambal belacan Cie selalu buat letak kulit limau kasturi. Cie pulak masak kangkung goreng dan celur bendi. 


Sedap betul makan di kampung. Berselera la makan dengan adik beradik. Kak Long pun ada juga datang. Kami makan sama-sama la. 

Cie gerak balik dah pukul 5 lebih. Berderet ye kereta hala ke Kelantan dah macam musim raya. Setiap minggu macam tu la. Ni highway belum siap sepenuhnya. Kalau dah siap makin banyak kenderaan hala ke sana. 

Singgah 7E Cafe dulu sebelum balik rumah. Ada aiskrim baru nanti Cie review. Malas betul la nak menaip entri banyak dalam draft tu bersusun je. Tajuk dan gambar dah ada cuma malas nak mengarang je. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Buah dokong memang banyak dari kelantan. Lauk mengoda sungguh

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.