Kursus Hari Pertama: 24 September 2026
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada Pegawai dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan berkenaan dengan Malaysian Standard versi baru yang betukar dari MS1480:2019 kepada MS1480:2025.
Kami ni adalah auditor yang dilantik untuk menjalankan audit dalaman secara cross audit la. Contohnya Hospital A, audit Hospital B, Hospital B audit Hospital C. Mengikut jadual yang ditetapkan la. Untuk tahun ni Cie audit Unit Sajian Hospital Jerantut.
Cie sampai 8 pagi terus bersarapan Mi Goreng pada 24 September tu. Urusetia sediakan air teh o tapi Cie tak ambil sebab dah bawak bekal Iced Americano.
Siap sarapan kursus pun bermula 9 pagi. Ada waktu rehat sekejap urusetia ada sediakan biskut tin pelbagai perisa. Boleh la ambil seberapa yang kita nak. Mulanya Cie taknak, kenyang je lagi tapi tengok macam menarik je biskut tu saja try. Sedap juga macam butter cookies.
On the way balik hari pertama tu la kami terserempak dengan mangsa accident dan driver kami bantu mangsa kemalangan.
Kursus Hari Kedua: 25 September 2026
Hari kedua pun Cie gerak 6 pagi jugak. Sampai HOSHAS 8 pagi terus bersarapan. Urusetia sediakan kuih muih, bihun goreng dan teh o.
Urusetia ada sediakan makan tengahari dan minum petang sekaligus. Nasi putih, ayam masak lemak dan sayur campur goreng. Minum petang rasanya mereka sediakan kek sandwich ke apa entah lupa dah. Cie tak ambil pun susah nak bawak naik kenderaan jabatan. Perjalanan 2 jam pulak tu. Lepas habis kursus terus gerak balik.
Makan minum sepanjang kursus ni kami bayar sendiri RM50. Boleh claim tapi Cie tak claim pun malas semata nak claim makan je.
Selesai kursus dengan ilmu baru dan tanggungjawab menanti. Nanti selesai kerja menimbun tu baru la mula mengadap manual untuk buat pindaan pulak.
















24 Ulasan
Selamat berkursus
BalasPadamDah berlalu seminggu 😁
PadamWow bestnya pergi kursus pasal audit2 ni. Teringin nak pergi kursus2 macam ni. Tapi big boss kita jenis kedekut nak guna HRDF dia. Dia lagi sanggup biar burn macam tu jer dari hantar staff pergi kursus 🥹
BalasPadamAlamak bos nya pun kenapa la peel begitu.
PadamSiap ada Kopiko lagi, memang lengkap bekalan mengunyah sepanjang kursus sambil menelaah Malaysian Standard
BalasPadamKena ada gula2 baru tak ngantuk 😁
Padamjarang betul dengar makanan masa kursus kena bayar especially government.
BalasPadamBoleh claim tu. Sama je kerajaan bayar jugak 😁. Duit peruntukan kursus dah habis so boleh claim channel lain.
PadamAduhai.Trliur tgk akok tu =)
BalasPadamCie tak makan akok.
PadamAlhamdulillah kursus dah selesai, tapi menu kuih muih semua nampak menarik
BalasPadamKaripap dan kuih bijan tu sedap.
PadamKursus ni kena siap gula2 he hee nk hilangkan rasa lemau dek mengantukk tu kan
BalasPadamSelesai berkursus tahniahh
Rinduu pula zaman era muda bila sebut berkursus ni lamaa ciknur tinggalkan
Ye memang mengantuk waktu kursus.
PadamPatot la makanan sedap².. kena bayar rupanya...
BalasPadamSama je kalau duit peruntukan kursus pun sedap 😁
PadamNampak professional gaya Cie 👍🏻
BalasPadamOh kena bayar sendiri makan ye. Ingatkan sponsored sbb kursus kerajaan
Duit peruntukan kursus dah habis. Jadinya boleh claim channel lain. Sama je duit kerajaan jugak 😁
PadamOK la sedap2 jugak makanan masa kursus ni. Saya dulu paling tak suka la pergi kursus sbb balik nanti bertimbun kerja tertangguh kena siapkan. Tapi satu benda je saya suka pasal kursus - makanan sepanjang kursus biasanya sedap2 belaka 😅
BalasPadamZaman dulu2 selalu kursus kat hotel lagi la sedap2. Ni pun dah lama tak buat di hotel.
Padamoh kena byr plak mkn2 tu tp bole claim kemudian...biasa pi kursus mmg suka sbb mkn mcm2 dr morning break, lunch break, tea break
BalasPadamYe duit peruntukan kursus dah habis. So boleh la claim under peruntukan lain.
Padamadoiii.. bab yg paling menggerunkan waktu ngajar tu. org audit mai sekolah. hehehe
BalasPadamPejabat kesihatan yang audit tu. Kami ni diantara jabatan kami je.
PadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.