Kursus Audit Dalaman GMP & HACCP

24 hingga 25 September 2026 yang lepas Cie hadir Kursus Audit Dalaman Jaminan Kualiti Makanan GMP & HACCP di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh yang Cie pernah ceritakan di posting:


Kursus Hari Pertama: 24 September 2026



Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada Pegawai dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan berkenaan dengan Malaysian Standard versi baru yang betukar dari MS1480:2019 kepada MS1480:2025. 


Kami ni adalah auditor yang dilantik untuk menjalankan audit dalaman secara cross audit la. Contohnya Hospital A, audit Hospital B, Hospital B audit Hospital C. Mengikut jadual yang ditetapkan la. Untuk tahun ni Cie audit Unit Sajian Hospital Jerantut. 


Cie sampai 8 pagi terus bersarapan Mi Goreng pada 24 September tu. Urusetia sediakan air teh o tapi Cie tak ambil sebab dah bawak bekal Iced Americano. 


Siap sarapan kursus pun bermula 9 pagi. Ada waktu rehat sekejap urusetia ada sediakan biskut tin pelbagai perisa. Boleh la ambil seberapa yang kita nak. Mulanya Cie taknak, kenyang je lagi tapi tengok macam menarik je biskut tu saja try. Sedap juga macam butter cookies. 


Ni la rupa Malaysian Standard yang diedarkan. Habis toner agaknya mesin fotostat urusetia ni pudar betul warnanya. 


Penuh 1 beg hah dengan sepeket gula-gula Kopiko. Urusetia ada juga sediakan gula-gula. 


Menu lunch hari pertama nasi putih, ayam masak merah, kobis masak lemak dan sirap ais. 


Waktu rehat takde orang semua keluar. Ni la dewan seminar kat HOSHAS. 


Masuk tandas nak ootd snap jela gambar sendiri, jadi la mirror selfie. Hari pertama Cie pakai hijau. 


Untuk minum petang urusetia bagi roti sosej dan air kotak. Cie bawak balik je rushing nak gerak balik masa tu dah pukul 4 lebih. 


On the way balik hari pertama tu la kami terserempak dengan mangsa accident dan driver kami bantu mangsa kemalangan. 


Kursus Hari Kedua: 25 September 2026

Hari kedua pun Cie gerak 6 pagi jugak. Sampai HOSHAS 8 pagi terus bersarapan. Urusetia sediakan kuih muih, bihun goreng dan teh o. 



Macam biasa biasa masuk tandas mirror selfie la. Hari kedua pakai baju purple. 


Bersambung topik untuk hari kedua. Penceramah memberi pendedahan prosedur untuk menjalankan audit. 


Banyak la input baru kami dapat. So Cie nak kena buat pindaan terhadap manual HACCP Cie dengan merujuk Malaysian Standard yang baru. Kursus habis 12.30 tengahari. 

Urusetia ada sediakan makan tengahari dan minum petang sekaligus. Nasi putih, ayam masak lemak dan sayur campur goreng. Minum petang rasanya mereka sediakan kek sandwich ke apa entah lupa dah. Cie tak ambil pun susah nak bawak naik kenderaan jabatan. Perjalanan 2 jam pulak tu. Lepas habis kursus terus gerak balik. 

Makan minum sepanjang kursus ni kami bayar sendiri RM50. Boleh claim tapi Cie tak claim pun malas semata nak claim makan je.

Selesai kursus dengan ilmu baru dan tanggungjawab menanti. Nanti selesai kerja menimbun tu baru la mula mengadap manual untuk buat pindaan pulak. 



Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Wow bestnya pergi kursus pasal audit2 ni. Teringin nak pergi kursus2 macam ni. Tapi big boss kita jenis kedekut nak guna HRDF dia. Dia lagi sanggup biar burn macam tu jer dari hantar staff pergi kursus 🥹

    BalasPadam
  2. Siap ada Kopiko lagi, memang lengkap bekalan mengunyah sepanjang kursus sambil menelaah Malaysian Standard

    BalasPadam
  3. jarang betul dengar makanan masa kursus kena bayar especially government.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh claim tu. Sama je kerajaan bayar jugak 😁. Duit peruntukan kursus dah habis so boleh claim channel lain.

      Padam
  4. Alhamdulillah kursus dah selesai, tapi menu kuih muih semua nampak menarik

    BalasPadam
  5. Kursus ni kena siap gula2 he hee nk hilangkan rasa lemau dek mengantukk tu kan
    Selesai berkursus tahniahh
    Rinduu pula zaman era muda bila sebut berkursus ni lamaa ciknur tinggalkan

    BalasPadam
  6. Patot la makanan sedap².. kena bayar rupanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama je kalau duit peruntukan kursus pun sedap 😁

      Padam
  7. Nampak professional gaya Cie 👍🏻
    Oh kena bayar sendiri makan ye. Ingatkan sponsored sbb kursus kerajaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duit peruntukan kursus dah habis. Jadinya boleh claim channel lain. Sama je duit kerajaan jugak 😁

      Padam
  8. OK la sedap2 jugak makanan masa kursus ni. Saya dulu paling tak suka la pergi kursus sbb balik nanti bertimbun kerja tertangguh kena siapkan. Tapi satu benda je saya suka pasal kursus - makanan sepanjang kursus biasanya sedap2 belaka 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman dulu2 selalu kursus kat hotel lagi la sedap2. Ni pun dah lama tak buat di hotel.

      Padam
  9. oh kena byr plak mkn2 tu tp bole claim kemudian...biasa pi kursus mmg suka sbb mkn mcm2 dr morning break, lunch break, tea break

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye duit peruntukan kursus dah habis. So boleh la claim under peruntukan lain.

      Padam
  10. adoiii.. bab yg paling menggerunkan waktu ngajar tu. org audit mai sekolah. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pejabat kesihatan yang audit tu. Kami ni diantara jabatan kami je.

      Padam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.