Menu Dinner 20 - 23 Oktober 2026

Minggu sebelum 20 Oktober tu banyak hari juga tak masak dinner. Tak ingat kenapa ek takde gambar. Rasanya ada hari yang bungkus je dan tak ambil gambar. 

Untuk menu dinner kali ni Cie share dari 20 Oktober hingga 23 Oktober jela. Ada juga yang Cie beli je. 



20 Oktober 2026

Baru start masak semula selepas beberapa hari off kitchen. Idea takde pun hentam jela masak ayam goreng berlado tempoyak, telur dadar, ulam timun dan salad, jambu asam boi. 


Ayam goreng berlado tempoyak tu sama je resipi ayam goreng berlado petai cuma tak letak petai je. Cie letak tempoyak, daun kesum, belimbing buluh dan bunga kantan. 

21 Oktober 2026

Malas nak fikir menu masak jela apa yang terlintas kat fikiran. Asalkan ada 2 jenis protein. Memang dah terbiasa gitu. 


Ayam goreng, telur mata kicap, timun dan jambu asam boi. Ayam goreng tu gaul dengan serbuk kunyit, garam dan tepung jagung. 


22 Oktober 2026

Cie dan kakak Raisha dinner berdua je. Adik Rania pergi rombongan dan Faiz ada kerja di KL. Balik kerja Cie singgah Abe Joe Cafe tapau je. 


Nasi goreng tomyam dan kerabu perut untuk Cie. Nasi goreng ayam untuk kakak Raisha. Kerabu perut kat Abe Joe Cafe tu kegemaran Cie. Setiap kali order rasa berbeza tak sama. 


23 Oktober 2026

Dinner bertiga je adik Rania belum balik dari rombongan. Cie masak ikan goreng kicap, telur dadar dan buncis goreng.



4 menu saja untuk 4 hari. Nanti sambung lagi share menu apa nak masak sebagai menu dinner. Hari-hari masak memang takde idea. 



Catat Ulasan

0 Ulasan