Yang baru ni kena bagi gambar softcopy je. Bukan macam dulu kena bagi gambar hardcopy dan versi pas kerja yang plastic liminated je. Yang baru kad keras. Bezanya ada nama dan no ic je. Pas lama ada jawatan sekali.
Pas baru warna biru, pas lama warna kuning. Cie snap gambar selfie sendiri jadi auto lawa terus la flawless je. Cuma mata pulak memandang ke bawah. Hahaha. EO cakap kenapa mata ke bawah. Selfie sendiri gitu la kejadiannya.
Pas lama yang kiri sekali tu tahun 2012. Cuma gambar tu je bukan gambar 2012, rasanya gambar waktu belajar. Cie belum pakai spec masa tu. Pas yang tengah tu tahun 2016. Kembang betul muka masa tu.
Sekejap je siap. Cie send gambar ke EO 12 Oktober, 13 Oktober EO minta nama dan nombor ic, 14 Oktober staf yang buat tu terus hantar ke office Cie. Gigih la 12 Oktober tu Cie letak stand dan set timer je. Snap sendiri jela senang. Handphone ni pulak memang auto jadi flawless muka.
![]() |
| Effect camera handphone terus jadi flawless. |
Terus la letak kat lanyard. Cie pun cari la pas lama masa mula masuk Lipis. Pas masa mula kerja di Hospital Jengka je takde. Taktaula hilang ke mana. Nanti ada masa nak mencari mana letak, nak buat kenangan.
Pas kerja pertama di Hospital Jengka kalau ikutkan tahun 2008 la mula Cie lapor diri Disember 2008. Tak ingat dah letak mana. Rasanya tak buang, Cie sejenis suka simpan. Cuma misplaced je.
Unit Pentadbiran hospital dalam proses nak buat pas kerja baru untuk semua staf. Staf jabatan Cie pun mintak Cie snap gambar mereka dan hantar ke pentadbiran. Staf lama jela masih pas lama. Staf baru semua dah guna pas kerja yang baru dah.




4 Ulasan
wahhh bestnya dh ada 3 pass yer ...boleh tgk muka sendiri pada usia berbeza gitu
BalasPadamMasih simpan kad pas kerja dulu, menjadi kenangan indah tu Cie..
BalasPadamMaaf selalu tak on blog, masa ni saya dan isteri di Marocco, esok ke spain lagi..teruskan berinfor di blog ya..
BalasPadamSatu benda yang saya kesal - lupa nak ambik gambar pass kerja sebelum pulangkan balik dekat security. Pass kerja tu pakai dari saya mula2 masuk kerja dan tak tukar2 berbelas2 tahun sampai saya resign. Tak boleh simpan buat kenangan sebab pass tu hakmilik Majlis Keselamatan Negara.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.