Masa nak tunggu adik Rania balik dari rombongan malam 9 Oktober tu kami ke Zura Tomyam untuk makan malam. Kami 3 beranak jela.
Zura Tomyam ni dekat je dari rumah Cie dalam 5 minit je. Kami keluar lepas Isyak dah dalam pukul 8 lebih macam tu. Zura Tomyam ni sentiasa la full house tapi ada je meja kosong.
Kami order:
- Nasi putih, kerabu perut, telur dadar, air tembikai untuk Cie.
- Nasi putih, tomyam campur dan teh o ais untuk kakak Raisha.
- Nasi goreng daging dan air suam untuk Faiz.
Comel nasinya. Bentuk love. Nasi kakak Raisha elok love nya. Nasi Cie love dah berderai. Snap la gambar nasi kakak Raisha.
Kerabu perut kat Zura Tomyam ni lain sikit. Mereka guna perut jenis macam tiub tu. Liat sikit la nak kunyah tapi sedap cukup rasa masam, masin, manis, pedas.
Tomyam campur kakak Raisha ni sedap. Cukup rasa masam dan pedas. Dah habis nasi pun kakak Raisha hirup lagi kuah. Cie ambil kuah dan sayur dalam tomyam tu kakak Raisha tak makan. Ada udang, sotong dan isi ayam.
Nasi goreng daging Faiz yang order. Katanya sedap. Cie tak rasa pun.
Telur dadar order untuk 2 orang makan. Kami share la bertiga.
Minuman kami teh o ais, jus tembikai dan air suam.
Sambal belacan ada atas setiap meja. Cie ambil sikit tapi rasa macam pelik. Terus tak makan dah. Tengok Faiz makan elok je tak cakap apa.
Selfie sebelum makanan sampai. Malas nak susun gambar upload terus banyak jadi last gambar ni. Ajak kakak Raisha wefie dia malas nak melayan ibu.
Masa Cie tengah makan adik Rania whatsapp cakap dah sampai sekolah. Masa tu Faiz dah siap makan. Cie dan kakak je belum siap. Faiz sorang jela ambil adik Rania kat sekolah.
0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.