Seawal 6.30 pagi dah kena berkumpul kat sekolah. Dalam pukul 6.20 pagi Cie ikut Faiz hantar adik Rania. Dah siap-siap pakai baju kerja. Lepas adik Rania masuk sekolah untuk berkumpul kami pun gerak balik.
Sebelum hantar kakak Raisha ke sekolah sempat la Cie pusing ke sekolah adik Rania nak tengok dah gerak ke belum. 7 pagi pun belum gerak, rupanya gerak pukul 7 lebih. Beria suruh berkumpul 6.30 pagi.
Tempat pertama mereka singgah R&R Gombak untuk makan sarapan di situ. Cikgu dah order siap-siap untuk semua pelajar. Selepas sarapan baru la mereka bergerak ke Kidzania.
Kali kedua la dah adik Rania ke Kidzania. Kali pertama dulu masa dia follow rombongan sekolah KAFA untuk kakak Raisha masa darjah 5, adik Rania darjah 3 tumpang jela masa tu tahun 2023.
Lama juga mereka masuk ke Kidzania tu sehingga 3 petang, kemudian terus ke Melawati Mall. Kat MM katanya makan Marry Brown je ramai-ramai. Lepas tu adik Rania beli Tealive dan sushi je. Dia makan dalam bas.
Ada la bawak balik apa yang dia dapat kat Kidzania tu je. Sampai semula ke Lipis dah 9 lebih malam. Masa tu kami kat kedai makan. Faiz jela pergi pick up dia kat sekolah.





0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.